About Me

My photo
BM, Penang, Malaysia
Penang girls..MUMMY of one lovely princess...

Sufie

Sufie
Proud to be me...

Thursday, August 27, 2009

TERTIPU....TERKANDAS...Nasib si Perantau


Seperti para perantau yang lain aku juga tidak terlepas untuk mengambil peluang bila ada cuti umum untuk pulang ke kampong…Seminggu sebelum cuti umum Hari pekerja aku dah pun ke Puduraya untuk mengambil tiket untuk pulang ke Penang…Alhamdullillah aku berjaya jugak memperolehi tiket tersebut walaupun harga tiket tersebut lebih tingi dari harga biasa..Nak wat camna…nak balik punya pasal harga tiket bukan lagi jadi soal yang penting…Paling penting tentu saja aku dapat pulang dan berjumpa dengan anak kesayanganku…..Selepas beli tiket tu sempat gak aku and my friend gi ronda-ronda kat Times Square…kat situ memang best..banyak tul benda yang berkenan di hati tapi terpaksa ler kami dua orang tengok jer..Nak beli gaji tak dapat lagi..kena sabar…Tak pe …janji dapat gak jejakkan kaki ke shopping mall kat KL nih walaupun tak dapat beli apa-apa….tengok aje ler…Bagus gak..sekurang-kurangnya aku dapat jimat duit…Almaklumlah sesapa jer yang jadi govt.staff memang kena jadi survivor for the first 3 months..Huh..memang sakit gak kalau orang yang banyak commitment cam aku nih…Hutang makin bertambah jadinya..
Kekadang tu rasa macam tak berbaloi jer kena tinggalkan anak, gaji pun dah makin kecik sedangkan hutang berlambak..Bagi orang lain yang bertuah, ada gak orang yang leh tolong time sesak-sesak camni tapi nasib aku tak sama…susah aku tanggung sendiri…Terkadang terfikir..apalah erti sebuah perkongsian andai dipenuhi dengan sejuta keegoan…Terlalu meminta tetapi tidak pernah memberi kerana sepanjang hayat hanya pernah menerima aja….Oppss..dah melalut lak…maybe kerana terlalu banyak hal yang terbeku di hati..Adakala kita harus keluarkan apa yang terbuku di hati supaya hilang bebanan jiwa…

Opppsss…berbalik kepada cerita terkandas kat Puduraya tuh…actually aku sengaja ambik tiket lewat malam so that aku akan sampai Penang dalam jangkaan awal pagi …Anak aku tak perlu ler berjaga malam…Kesian lak kat dia tak cukup tido…Hari Jumaat tu dalam pukul lebih baru aku balik dari keja memandangkan tiket lewat malam so aku tak perlu rushing nak gi ke Pudu…Target aku dalam pukul 8 lebih baru aku nak bik bas dari rumah ke Putrajaya Sentral..Aku siap lagi dapat basuh baju before balik kampong…Jadual aku bertolak dari rumah berjalan lancer.Dari rumah aku ke Putrajaya Sentral dengan menaiki bas cuma dalam 10-15 minit bergantung kepada bas yang aku naik..Kat Putrajaya ni tambang bas gi mana-mana kat dalam ni cuma 50 sen jer…tambang macam ni kalau kat KL tak dapat ler…

Dari Putrajaya Sentral tu ada 2 cara nak gi ke Puduraya..Kalau nak murah boleh jer naik bas RapidKL dengan kadar tambang sebanyak RM3.00 jer sampai ke Hentian Central Market.Dari CM tu korang kena jalan kaki ke Puduraya…Agak jauh gak kalau korang tak tahu jalan pintas…Kaki pun sakit gak tapi aku rasa orang kat KL ni dah biasa so bagi diaorang CM-Pudu tu dekat jer walaupun jalan kaki..Aku pun malam tu actually tak pernah lagi stop kat CM tu..so aku buat-buat berani ikut jer orang..Nasib baik aku jumpa Polis kat tepi jalan so aku tanya jer la kat Polis tu..Actually kalau tak nak jalan kaki jauh aku leh ambik bas Metro atau satu lagi bas…dah lupa lak namanya…Tapi 2 bas ni kalau nak ke KL kena bik last bas dalam pukul 7.30 jer..lepas time tu dah tak de lagi . Dua-dua bas ni lak kena tunggu kat bus stop di Presint 9 jer coz diaorang tak bik orang kat Putrajaya Sentral..Tambang bas bagi 2 bas ni dalam RM3.50 and bas ni stop kat depan Mydin Puduraya, tak jauh dari Hentian Puduraya.Satu lagi cara ke Puduraya atau KL ,korang leh leh bik ERL dari Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan..Agak dalam 15 minit jer jarak perjalananan dengan kadar tambang RM5.30…Sebab ERL ni laju so tambang dia pun laju ler jugak.Dari situ korang leh pilih nak guna KTM atau Star LRT bergantung kepada destinasi pilihan korang.Normally kalau nak ke KL, orang akan bik LRT.Kalau nak gi Hentian Puduraya kena stop kat Plaza Rakyat dengan kadar tambang dalam RM1.70 jer…Ha..kalau stop kat Plaza Rakyat memang korang tak yah jalan kaki jauh-jauh coz LRT tu memang stop kat Puduraya tuh…Jimat masa and tenaga tapi duit tak leh jimat ler..

Ha…berbalik kepada story aku malam tu…lepas penat berjalan akhirnya aku selamat gak sampai ke Puduraya tu dalam jam lebih kurang 9.45 malam. Kebetulan aku teringat kat salah sorang geng aku, budak Penang gak yang sama-sama masuk keja govt tapi dia dapat penempatan kat KL so aku send ler SMS tanya dia balik Penang tak cuti nih..Kebetulan memang dia ada kat Puduraya malam tu nak tunggu bas balik Penang so dapat ler aku jumpa dia kat situ..Dapat ler borak-borak tukar cita tentang keja masing-masing before dia naik bas jam 11 malam walaupun tiket bas tu actually pukul 10.30 malam. Lepas tu tinggal aku jer sorang-sorang kat situ tunggu nak balik Penang.Untuk habiskan masa aku beli paper, baca semua patah perkataan yang ada sambil dengar muzik dari handset N73 yang setia menemani aku kemana saja….

Tunggu punya tunggu akhirnya dalam 15 minit lagi ke pukul 12 malam aku pun ke platform bas yang tertera di tiket tersebut..Bila sampai ke sana sebaik aku menunjukkan tiket yang dibeli, aku dan eberapa penumpang yang lain diarahkan mengikut seorang pekerja syarikat bas tersebut untuk pergi ke luar Hentian Puduraya dengan alas an bahawa bas yang kami naiki akan mengambil penumpang di luar Puduraya memandangkan kesesakan yang berlaku pada malam tersebut…Tanpa banyak soal kami semua menurut sahaja memandangkan kebanyakan jadual bas pada malam tersebut memang tidak dapat menurut jadual..Semasa menunggu bas aku sempat gak menghantar sms kepada rakan aku memaklumkan bahawa aku akan pulang ke kampong untuk bercuti…

Jam telahpun menunjukkan waktu hampir pukul 1 lebih tapi bayang bas masih tak nampak-nampak lagi.Setiap bas yang berlalu kami di situ mengharapkan bahawa itulah bas yang akan kami semua naiki untuk pulang ke Penang…Tup-tup tetiba ada sorang brother tu bagitau bahawa sebenar syarikat bas tu telah membuat kesilapan dengan menjual tiket secara berlebihan sedangkan tempat duduk telahpun penuh..Perkara pertama yang aku fikirkan bila dengar berita tersebut adalah …ARRGGGHHH…AKU TAK LEH BALIK KAMPUNG!!!! Untuk beli tiket semula ke Penang pada mas tersebut tentu sahaja MUSTAHIL…Tahu ajeler time public holiday mana ada lagi tiket untuk malam tersebut…Kiranya dalam group aku yang kena kes TIPAH TERTIPU ni ada dalam 7 orang…Tentu saja kami semua bengang kerana rasa tertipu…Nasib baik brother tu cakap duit kami akan dipulangkan walaupun hanya RM30 jer walaupun tiket asal berharga RM35..Kalau ikut kebiasaan sesetengah syarikat pengangkutan bas enggan memulangkan harga tiket apatah lagi kalau tiket tersebut tidak mempunyai cop tiket asal syarikat pengangkutan tersebut.

Kepada brother tu ler kami menyuarakan kemarahan dan ketidakpuasan hati terhadap apa yang berlaku..Cuba anda bayangkan kami berempat, 3 perempuan dan seorang lelaki hendak pulang ke tempat asal masing-masing pada waktu jam menunjukkan sudah 2 pagi????!!!! Aku hampir buntu kerana kalau aku berpatah balik pun pada malam tersebut tentu saja tambang teksi ke Putrajaya pasti melambung tinggi..Paling kesian tentu jer cikgu muda dari Melaka yang tiada tempat untuk bermalam.Sorang lagi adik tu lak tinggal kat Serdang…Jarak Serdang dengan Putrajaya pun bukannya dekat..Setelah berbincang dengan 2 adik tu, aku mengambil keputusan untuk membawa kedua-duanya pulang ke Putrajaya dengan menaiki teksi..Dalam pada aku sempat menghantar sms kepada rakanku tadi memberitahu apa yang terjadi…
Sebenarnya hanya nak mencurahkan perasaan terhadap apa yang terjadi jer selain memberitahu hubby apa yang terjadi…Hubby aku pulak ingin menyuruh anak buahnya yang tinggal di Gombak untuk dating mengambil aku di Puduraya…Tentu saja aku tak bersetuju dengan cadangan tersebut apatah lagi untuk mengejutkan anak buahnya yang sedang tidur semata-mata untuk datang mengambil aku di Puduraya…lagipun aku tak ingin dikatakan menyusahkan kaum keluarga sebelah hubby memandangkan suatu ketika dahulu aku pernah dikatakan menyusahkan hubby aku hanya kerana hubby aku harus menghantar dan mengambil aku dari tempat kerja..Pada aku bukankah itu adalah tanggungjawab beliau sebagai seorang suami!!!Mengapa pula tanggungjawab itu dianggap sebagai menyusahkan???Adakah hanya kerana status aku sebagai menantu dan aku pula bekerja maka aku dianggap menyusahkan…Tidakkah orang yang mengucapkan kata-kata tersebut terlupa bahawa dia juga seorang isteri yang di bawah tanggungjawab seorang suami???!!! Adakah hanya kerana dia adalah seorang surirumah maka dia merasakan bahawa dia tiak menyusahkan suaminya????

Berbalik kepada cerita aku hari tu…aku betul-betul tak sangka bahawa ketika sms tersebut dihantar, sahabatku tadi masih belum melelapkan matanya..Kebetulan sahabatku tadi tinggal berhampiran Putrajaya juga…Dia menghantar sms bertanyakan situasi yang aku alami..Ku ceritakan bahawa aku bercadang untuk mengambil teksi dengan 2 rakan baru yang senasib denganku…Sempat gak dia membebel memarahi aku kerana tidak memaklumkan kepadanya bahawa aku ingin pulang ke kampong terlebih awal kepadanya..Dalam pada itu dia menawarkan pertolongan untuk mengambil aku dan rakan yang lain di Puduraya dengan syarat aku dan yang lain harus bermalam di rumahnya..Sekurang-kurangnya katanya malam tu dia ada gak teman untuk bersembang lagipun kitaorang pun dah lama tak berjumpa semenjak masing-masing meninggalkan alam persekolahan..Katanya lagi selepas bermalam di rumahnya, dia akan menghantar kitaorang ke Puduraya untuk memastikan aku tidak tertipu lagi dan selamat menaiki bas untuk pulang ke Penang…Aku rasa amat bersyukur dan lega bila sahabtku tadi sudi menolong aku walaupun sebenarnya di alam persekolahan dulu kami bukannya rapat pun tapi terima kasih kerana google groups kitaorang satu sekolah dapat berkomunikasi semula dan mengetahui perkembangan maing-masing…

Dalam pada menunggu kedatangan sahabatku, tetiba brother tersebut datang dan memberitahu kami sekiranya ingin pulang jugak ke Penang pada malam tersebut masih ada tiket tapi waktunya adalah dalam pukul 3.30 pagi dan harganya lebih mahal dalam RM40 walaupun hanya menggunakan bas persiaran jer…Memandangkan waktu itu pun dah dalam jam 2 lebih, so kitaorang decide nak accept offer tersebut before orang lain bik tiket…lagipun dah alang-alang melepak depan kedai mamak kat depan Puduraya ni, rasanya nak kena tunggu dalam sejam dua lagi, leh tahan lagi kot walaupun mata ni dah ngantuk sesangat dah..Aku cepat-cepat call sahabatku tadi bagitau bahawa aku dah dapat tiket nak balik ke Penang..Kesian gak kat sahabat aku tu walaupun dia cakap baru jer keluaq tapi dah sampai kat area bukit jalil dah ler…
Aku betul-betul terharu dan rasa terhutang budi kat dia kerana sudi membantu aku..Dia jugak ler antara orang terawal yang datang menjengok aku kat Putrajaya tu walaupun aku harap sahabat karibku yang terlebih dahulu berbuat demikian…Malangnya sampai sekarang dah dekat 4 bulan lebih aku di Putrajaya ni,,sahabat yang ku panggil sahabat karibku dari zaman persekolahan hanya sekali sekala menghubungi aku..itupun hanya melalui sms..Kekadang tu sepatah sms yang ku kirim, sepatah jua le jawapan yang ku terima…Terkadang rasa kecik hati gak dengan perangai kawan aku tu..Sibuk sangat ke sahabatku sehingga susah benar nak sms sepatah dua ayat pun..Maybe dia tak sudipun nak mengajak aku ke rumahnya….Buat sahabatku tadi, budi dan jasamu akan tetap ku kenang…Dia juga banyak memberi nasihat di waktu aku sangat memerlukan seseorang untuk mendengar di saat hatiku dipenuhi kesedihan lantaran perbuatan dan permasalahan yang ku hadapi dengan hubby..
Alhamdullilah dengan berkat nasihatnya aku mendapat ketenangan jiwa…..Ku serahkan diri ini kepada Yang Maha Esa untuk menentukan apa yang terbaik untuk hidup aku…Untuk sahabat tadi, aku jua pohonkan doa agar kebahagiaan yang beliau miliki sekarang akan berkekalan.Semoga beliau akan berjaya mengharungi bahtera perkahwinan yang dijangkakan hujung tahun ini dengan seribu kebahagiaan…..

Oppss…ha …akhirnya malam tu aku berjaya gak pulang ke Penang walaupun bas tersebut hanya memulakan perjalanan pada jam 4 PAGI….Aku hanya tiba ke Penang pada jam 8.30 pagi…Tiba di rumah apa yang ku nampak hanyalah bantal..penat beb…menunggu semalaman.Dalam bas pulak aku tak dapat melelapkan mata kerana terlalu kepenatan di samping tak tahan dengan air-cond bas yang sejuk..Aku pulak tak bawa baju sejuk memandangkan aku pakai 2 lapis baju tapi still sejuk gak…
Siang tu aku pengsan separuh hari..Sebenarnya memang memenatkan berulang alik dari Putrajaya ke Penang walaupun hanya sebulan sekali aku pulang kerana faktor kewangan yang tidak mengizinkan. Maybe juga disebabkan aku terpaksa rushing untuk mengejar bas, kena jalan kaki lagi dan satu lagi maybe coz dah tua kot…badan dah tak tahan menanggung keletihan..lagipun aku ni kan tak cukup vitamin…Macam mana nak cukup vitamin memandangkan banyak makanan yang aku tak makan di muka bumi nih sampai kengkawan aku kat sini cakap aku nih macam alien jer…Huh..teruk betul diaorang kutuk aku kan….Ha ha ha…aku terima jer kutukan tu dengan hati terbuka..no hurt feeling since memang betul pun banyak benda aku tak makan..Itulah kelemahan aku n also aku punya speciality..mana nak cari orang macam aku nih…..

PERHIMPUNAN HARI PEKERJA

PERHIMPUNAN HARI PEKERJA DI PICC, PUTRAJAYA


Tanggal 14 Mei 2009 telah diadakan perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Dewan PICC.Nama aku telah terpilih untuk mengikuti perhimpunan tersebut yang akan dihadiri oleh wakil-wakil pekerja sektor awam dari seluruh Malaysia.Dalam perhimpunan tersebut Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Dato Seri Mohd Najib bin Abdul Razak telah mengumumkan beberapa berita berita baik kepada sesetengah penjawat awam yang berjawatan rendah…
Kiranya pengumuman tersebut dapat meringankan bebanan kepada pekerja sektor awam tersebut dimana ada sesetengah dari mereka dapat menikmati gaji yang lebih tinggi dari sekarang.Sekurang-kurangnya dengan pegumuman tersebut bebanan pekerja sektor awam dapat diringankan ekoran suasana ekonomi yang tidak menentu pada masa sekarang…

Monday, August 17, 2009

BENGKEL 5S










BENGKEL 5S DI UNITEN (29-30 APRIL 2009)


Pada tanggal 29-30 April yang lepas aku dan beberapa rakan yang lain telah terpilih untuk mengikuti bengkel berkenaan 5S…Korang tau tak apa 5S tu…5S tu asalnya diambil dari perkataan Jepun iatu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke…..yang membawa maksud sisih, susun, sapu, seragm dan sentiasa amal..Actually 5s tu bertujuan untuk memastikan persekitaran kita sentiasa bersih dan teratur.Nak wat keja pun senang dan selesa…ye la…tempat bersih dan teratur, hati yang runsing pun boleh jadi tenang.
Bengkel tersebut diadakan selama 2 hari..Hari pertama lebih banyak diterangkan apa maksud dan peranan 5S..Pada ketika ini juga sudah banyak organisasi yang telah mula mengamalkan konsep 5S ni dalam organisasi masing-masing.Malah ada yang telah berusaha dengan keras untuk menjayakan konsep 5S ni hingga mencapai tahap pensijilan…Maknanya usaha mereka telah berjaya dan diiktiraf.Usaha tersebut juga harus dilakukan secara berkekalan..
Hari kedua bengkel tersebut kami telah dibawa melawat ke salah satu organisasi yang telah mencapai tahap pensijilan iaitu UNITEN yang terletak berhampiran dengan Putrajaya..Korang leh tengok dari gambar2 kat sini tentang konsep yang telah UNITEN laksanakan…Suasana persekitaran nampak begitu kemas dan teratur sekali….Seronok rasanya dapat belajar dan bekerja dalam suasana seperti itu……

Friday, August 14, 2009

EXAM...huh..tak sukanyer...


Berdebar tul aku rasa nak bik typing test pada 10 Aug yang lepas…bukan ape..aku kalau bab typing ni slow sikit..almaklumler keja aku dulu mostly about numbers only…Ada gak yang berkaitan administration but mostly all the letters dah siap formatnyer..Just ubah jer apa yang patut..Ni dak kena ambik typing test lak…Adoss..takut kantoi jer..Bukan ape..kalau speed yg depa nak tu 18 words per minit so…korang bayangkanlah..10 minit nak kena type about 180 word….Aku cuba gak test guna laptop kat rumah..Dapat 150 words jer for 10 minutes..So how….
Anyway..Alhamdullilah..one day before the real tpying test day, diaorang ada wat bengkel camna nak wat during that day…Huh..nasib baik ada bengkel tuh..kalau tak aku sure ramai yang gelabah coz nak setting lagi pastu nak type lak dalam 10 minit ikut artikel yang diaorang sediakan..Kekadang bukannya type lambat or tak tahu nak set tapi bila dah gelabah tu semua benda tak menjadi…..
By the way..aku rasa n confident leh after typing test tu coz sempat habiskan artikel yang diaorang kasi.Siap leh amend kesalahan ejaan, hisk…kalau x type habis for sure banyak marks aku kena tolak since ada dalam 5 kesalahan ejaan yang aku lakukan…Herrmm…Almaklumler…before this during working time aku banyak gunakan English words sampai dah tersilap type Malay words pun aku dah Englishkan…Huh..marah orang kang..kata aku ni tak mendaulatkan bahasa Melayu…Heh sapa cakap aku ni tak sayang bahasa Melayu cuma dah terbiasa jer…ANYWAY..AKU TETAP ORANG MELAYU & AKU TETAP BOLEH BERCAKAP MELAYU ler….
Dah lepas satu hal typing test tuh…esoknyer 12 Aug 2009 ada lak Peperiksaan Perkhidmatan Awam…Exam ni suma govt. staff kena bik…Yang bestnyer leh bawa buku dalam exam hall..So dah leh bawa buku apalagi…malas tul nak study!!! Tengok jer buku tebal terus jer rasa ngantuk…At the end…Ha ha ha ha….hu hu huh u…bawa buku tak tahu nak jawap soalan, buku pun tak sempat nak rujuk…Camno tuh…sapa nak jawap….Harap-harap dapat ler lulus…rasa macam tak sanggup nak bik exam tu sekali lagi…..Tak sanggup tengok buku tebal tu lagi……Hari tu exam aku kena bik kat Dewan Peperiksaan JPA kat bangunan SAPURA, The Mines…40 soalan kena jawap dalam 1 jam..Mengigil tangan nak jawap soalan..Yang kelakarnya..ada ker gi exam tak bawa pensil dan pemadam…Nak tak nak buat jer muka tak malu minta pinjam kat orang sebelah ..Ha ha ha, orang sebelah tu lak nak tak nak terpaksa gi pinjam gak walaupun muka dah semacam…he he sian lak tapi aku lagi kesian kat diri sendiri sendiri….

Thursday, August 13, 2009

Sekitar PUTRAJAYA FLORIA 2009

Suasan taman orkid di waktu malam..Bagi penggemar bunga orkid, tentunya mengimpikan suasana taman orkid seperti ini kan...
Berlatarkan belakang mini pancutan air yang dikelilingi bunga orkid...terasa macam dalam filem hindustan lak...

Bergambar di salah satu taman..ada tajuknyer tapi aku lupa lak..Time ni waktu lunch bagi hari Jumaat, masa pun agak panjang so kitaorang sempat zass gi ke Floria 2009 nih...tak jauh dari office pun...Cantik sangat suasananya...

Dalam hati berangan sakan..kot2 one day aku dapat dok rumah yang ada laman besaq so aku leh ler wat taman astokana aku sendiri...heemmmm...tentu nya penuh dengan my faovorite flowers...rose, sunflower, tulip , lavender...Huh..bila le gamaknya angan-angan aku nih akan jadi kenyataan no????



PUTRAJAYA FLORIA 2009

PUTRAJAYA FLORIA 2009(PUTRAJAYA FLOWER AND GARDEN FESTIVAL 2009)

PUTRAJAYA FLORIA, the Putrajaya Flower and Garden Festival will be organised once again in Putrajaya, Malaysia.
The 9 day fiesta will commence on 1st August until 9th August 2009.PUTRAJAYA FLORIA 2009 is an international event that is hosted by Perbadanan Putrajaya (Putrajaya Corporation) and the Ministry of Federal Territories.
This year’s theme ‘Celebration of Colours’ reflects the exciting and vibrant colours of flowers and plants. Arranged and landscaped in various settings with dedicated locations for photo opportunities, the intertwining flowers and foliage will create a magnificent medley of colours aimed to enthrall visitors.
It is hoped that the festival shall inculcate in visitors a respect for nature, love for colours, flowers, plants and gardening.Covering an area of 15 acres, there will be so much to see and do. There will be many programmes and activities for visitors to choose from. At night all the attractions will be lit up with lights that give a spectacular view of the flowers and gardens which blend well with the lights from the buildings, structures and bridges of Putrajaya. Some of the attractions at FLORIA 2009:

Floria Showcase Gardens
School and University Show Gardens
NGO’s Gardens
Corporate Gardens
Kiddy Floral Garden
Floral Pavilion
Special Orchids Highlight
Garden Bazaar
Hort Mart

ADMISSION IS FREE

DATE
:1st-9th August 2009
VENUE
:Waterfront Precinct 2, Putrajaya
VISITING HOURS
:Monday-Thursday 9.00am-10.00pm

:Friday-Sunday 9.00am – 12.00 midnight

10 RAHSIA CINTA

10 Rahsia Cinta

1.Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri."apa yang aku hormati dalam diri mereka?".

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?"dan bukan Apa yang akan aku dapat?".

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan
"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku".

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan...dan sekarang...kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat.

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Friday, August 7, 2009

Busy....


Agak lama aku berdiam diri dari menulis sesuatu di sini.....bukan tak de idea....banyak story nak citer tapi x de masa...busy dengan keja, kepenatan menghambat masa yg terlalu jealous dengan aku gamaknya....

Diam x diam dah hampir 3 bulan aku menjadi ahli penjawat awam...Kalau tanya best ke jadi staff gomen...Jawapan aku """"NO KOMEN"""" .Terpulang kepada citarasa masing2...bagi aku, ada yg best ada yg tak best....hu hu hu...

Terlalu banyak pengorbanan sebenarnya...memaksa aku melepaskan apa yang telah ku pegang selamanya ini....Dan aku tak tahu samada apa yang ku lepaskan akan kembali semula ke pangkuanku semula.....Kekadang tu terfipkir gak..berbaloikah apa yang ku lepaskan, terlalu banyak sebenarnya.....Doaku moga semua ini ada kebaikannya.."KALAU ITU TAKDIRNYA"..Aku pasrah dan redha....Takdir telah tersurat dalam kehidupanku untuk membawa aku ke kota metropolitan ini.....


Banyak story yg akan aku citerkan kemudian..Insyaallah aku akan menulis lagi...Now tengah menghimpun idea....siap nanti akan aku upload semuanya.....

Blog Archive

My Blog List