About Me

My photo
BM, Penang, Malaysia
Penang girls..MUMMY of one lovely princess...

Sufie

Sufie
Proud to be me...

Thursday, May 21, 2009

Tempat baru..kawan baru

Lepas melaporkan diri pada 31 Mac, kami semua diberi surat penempatan pekerjaan di mana masing-masing ditempatkan di Kementerian yg ditetapkan.Hanya selepas melaporkan diri ke kementerian masing2 barulah kami semua akan tahu di mana sebenarnya tempat bertugas...
Dalam hati aku berdoa agar ditugaskan ke Penang semula..Hati hati cukup tersentuh melihat airmuka sedih Farah pada petang 31 Mac hari tu..Sebenarnya itulah kali pertama kami akan berjauhan dalam jarak masa yang amat lama...

7 April 2009..hari ini kami semua mendapat tahu apa yang semua nanti-nantikan..penempatan kami....Menitis airmata aku bila mendapat surat penempatan mengatakan aku harus bekerja di kementerian di Putrajaya..Punah harapan untuk kembali semula ke Penang...begitu juga harapan teman2 baru yg lain..
Opss..geng baru aku kat sini..sorang budak Johor, budak Sg Besi n...ada geng Penang gak..malangnya kami berdua sama2 tak dapat balik Penang..lagi kesian dia kena keja kat area KL lak..Geng kami 2 org dapat keja di Putrajaya, 2 lagi kat area KL....
Geng kami terpaksa berpisah membawa haluan masing2 kerana
kena melaporkan diri ke tempat baru..Namun harapan aku agar persahabatan yg baru terjalin ini akan terus berkekalan...

Flashback...

Perjalanan dari Penang bermula pada 28 Mac..Actually aku kena register on 31 Mac tapi my hubby decide nak mulakan trip pada Sabtu..Destinasi kitaorang adalah Klang..rumah member hubby.Dia ni ler yg akan jadi tourist guide camna nak gi Putrajaya.

Anak aku si Farah yg happy sangat nak gi KL...Ye ler..dia mana pernah gi sana tapi aku confirm w/pun kitaoarng dah sampai sana nanti, Farah mesti tak berpeluang nak gi tempat2 yg menarik kat sana coz..aku tahu sangat dengan perangai hubby tu..








Sempat posing lagi masa stop kat R & R..tah apa nama tah..tak ingat lak..






Muka orang baru bangun tido...senyum sokmo dapat gi jenjalan kat KL..

Monday, May 11, 2009

Siaran tertunda....

Lama tul tak menulis di blog..bukan apa, masa tak mengizinkan. Lagipun dah sebulan aku menjadi penghuni di Putrajaya ni..bosan gila tuhan je tahu..ada gak kisah yg menarik tapi tak sempat nak ku curahkan lagi memandangkan kat Putrajay ni cuma ada satu je cc..very open lak tu..so aku tak selesa nak menulis...
Lagi parah bila laptop aku tak leh guna excel,word suma tu coz dah expire trial days...banyak cabaran yang hat\rus aku tempuhi sepanjang aku berada di sini....

Buat saat ini, ini saja yang aku mampu menulis...Insyaalah selepas ini korang dapat mendengar macamana detik-detik hidup aku bergelar penjawat awam sekaligus berjauhan dengan anak kesayangan aku..Allah aje yg tahu betapa aku sangat merinduinya.....
Huh..ingat anak je terus jer laju air mata mengalir.....Inilah dugaannya bak kata HUJAN...SABAR SUE ..SABAR...SABAR ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN...INSYAALAH...Akan ku hadapi semua dengan punya ketabahan....psssstttt...Doakan aku dapat tukar ke Penang balik!!!!

Blog Archive

My Blog List