About Me

My photo
BM, Penang, Malaysia
Penang girls..MUMMY of one lovely princess...

Sufie

Sufie
Proud to be me...

Monday, January 18, 2010

Year 2010


Haaa...tu ler pic aku before countdown New Year 2010...Actually too many things yg happen for the year 2009 tapi nantiler...biar aku kumpul suma bahan pastu aku upload suma updates..Kiranya 2009 ni aku banyak gak jenjalan...

Anyway...biarler korang tgk dulu pic aku since aku malas nk memerah otak nk update blog aku yg memang dah outdated nih....but I promise to comeback!!!

Adios...

Sunday, October 11, 2009

BALIK KG TRIP

Kali pertama jadi perantau hati aku berdebar-debar coz kali ni aku akan pulang ke Penang dengan memandu sendirian..Dah le drive sorang-sorang, jauh lak tu...Actually masa awal puasa aku dah drive ke Penang tapi masa tu anak sepupu aku ada bersama..Dia ler yg jadi tourist guide aku masa drive dari Putrajaya ke Penang..Alhamdullillah, perjalanan kami selamat sampai jugak ke Penang.Kami cuma singgah di Sg Perak jer coz sepupu aku suruh stop kat situ coz nak beli buah mempelam kat sana..Perjalanan balik Penang putrajaya,aku cuma drive hingga hentian Semanggol jer since hujan dah turun..Aku nih kalau hujan penakut sikit nk drive so aku bagi le anak cousin aku tu drive walaupun berat nak lepaskan keta suria aku kat org yg jarang2 drive nih....(sayang keta beb...tu ler kaki aku).

Herrmm..sempena raya aku amik cuti 1 minggu, bukan apa..alang2 balik jauh aku plan nak ziarah rumah saudara mara n kengkawan...woit..aku rindu nk pusing Penang ler..hajat hati nk gi shopping mall..saja lepas rindu..chewah...Plan aku nak balik cuti hari Jumaat.Cadangnya nk mulakan trip dalam pukul 9 @ 10 am so x de keta banyak sgt kat jalan..Pagi tu aku bangun sahur n cadang nk tidur balik so bila drive x le ngantuk...Alamak,lepas subuh je aku cuba lelap mata tapi dekat pukul 7 baru nk lelap..Pukul 10.30 pagi baru aku terjaga...Nak wat camna dah terbabas tapi tak pe le since aku tak de janji dengan sesapa pun so aku kemas apa yg patut..Dekat jam 11.50 baru aku keluar..Destinasi pertama aku stesen minyak Presint 16 le..siap isi angin tayar n petrol baru aku bertolak..Cuaca lak mendung jer..Aku berdoa agar tak hujan dalam perjalanan pulang ni coz aku nak drive sorang2 nih..Kiranya dalam 12.30 pm aku dah pun keluar dari Putrajaya menuju ke utara...Aku harap perjalanan aku lancar tanpa sebarang masalah n harap aku masih dapat mengingati jalan dengan betul...Disebabkan mendug sudah kelihatan masa aku memulakan perjalanan maka memang mencabar ler perjalanan aku kali nih..sepanjang perjalanan adakala cuaca hujan rintik,hujan lebat, cuaca cerah ..semuanya aku tempuh...Huh..Aku singgah di Tapah sebentar untuk menunaikan solat Zohordalam jam 3.30 petang..Selepas tu aku sambung semula perjalanan sehingga sampai ke Auto-City,Juru jam 5.30 ptg..Seperti selalu kalau dekat dengan musim cuti n hari Jumaat kawasan Auto-City memang akan jem...suasana yg selalu aku tempuhi sewaktu aku bekerja di Batu Kawan dulu.Sebenarnya aku berhajat untuk singgah ke office lama tetapi memandangkan aku dah out of schedule n time sampai kat Batu Kawan pun dah jam 5 di mana aku sure member office suma pada hari tersebut mesti balik keja on the dot pkl 5 so aku cancel plan nk singgah office tapi aku teringin sgt nk jumpa diaorg suma....
Keluar je area Juru aku menuju kawasan Perda..Tujuan aku nak cari makanan untuk berbuka posa n nak solat Asar kat Masjid Perda.Aku bercadang nak singgah Jusco Perda untuk membeli barang keperluan rumah..Aku amat pasti kat rumah mak mesti tiada apa pun barang keperluan untuk persiapan raya yg dibeli...Seperti tahun2 yg lalu, aku sorang jer yg ikat kontrak sediakan barang keperluan raya kat rumah mak.Kalau kakak aku kat neg.Sembilan tu pulang beraya di Penang,ringan sikit beban aku coz dia kan turut sama menyediakan keperluan di rumah mak..Harapkan adik-beradik yg lain..memang x de le..Yang diaorg tau datang rumah mak nak makan ketupat n kuih raya je..Nak menyumbangkan serba sedikit barang keperluan jangan harap ler...Paling tidak pun hanya time hari raya bawa ler bekas kuih yg kemudiannya diisi dengan kuih-kuih yg aku beli..camtu le setiap tahun....Apapun aku sendiri memang tak senang duduk kalau kat rumah mak tu apa pun tak de coz sepupu aku every year memang akan datang beraya ke rumah mak...Mungkin aku tak dapat berikan duit kat mak setiap bulan tapi ini aje yang termampu aku lakukan..Biarlah aku berhabis setiap kali tiba raya tapi aku rasa semua tu tak terbalas dengan pengorbanan yg mak lakukan untuk membesarkan aku...Ini aje yg mampu aku lakukan untuk membalas segala jasa-jasa mak membesarkan aku...

SALAM AIDIL FITRI

Dah sebulan kita berpuasa kini tiba saat-saat yang dinantikan oleh semua umat Islam..kedatangan Syawal..Seperti kebanyakan perantau yang lain ini le saatnya yang ditunggu untuk pulang e kampung dan merayakan Syawal bersama sanak saudara...Tahun ini buat pertama kalinya aku bergelar perantau setelah menjejakan kaki ke alam pekerjaan..dulu pernah gak jadi perantau time jadik student UITM Arau tapi itu kira kawasan utara jadi tak terasa sangat yang diri ni perantau apatah lagi time tu ada gak member sekolah sok sek yg sama-sama menuntut di sana..Kali ni cukup berbeza kerana aku tercampak di Putrajaya nih sedangkan aku kalau diberi option memang tak nak keja kat area ni apatah lagi KL walaupun ramai member sekolah ITM kat sini tapi dah 6 bulan aku kat sini cuma 3 orang jer yg aku jumpa..Ye le..sapa le aku nih kan..time sekolah n itm memang x glamer pon..lagipun dulu aku jenis spesis yg pemalu n pendiam so thats why x de sapa yg ingat kewujudan aku...Somebody yg aku anggap best friend aku selama ini pun sama..x de langsong nak call or jengok aku kat sini or nk jemput aku gi rumah dia...Terasa gak aku since every year aku tak pernah miss gi beraya rumah dia kalau dia balik kl w/pun dia x pernah pun sampai rumah aku...kalau korang kata aku kecik hati..memang aku mengaku pun!!! Sibuk sgt ke sampai x leh call @ sms aku sekali-sekala?? tapi bila ada plan gathering member sekolah baru sibuk nk tanya aku....tak pe la...agaknya aku ni memang x de sapa pun ingat kan...sedih tul bila ingat especially bila ingat yg anak aku pun maybe dah x ingat kat aku lagi bila dah tak nampak muka ummi dia nih...
Aku memang rasa sunyi sangat keja kat sini...rasa macam langsong x de kawan walaupun kat sini ramai org..aku jadi macam tak percaya pada sapa-sapa pun coz apa yg aku nampak kat sini banyak org yg bersahabat kerana ada kepentingan masing-masing...Tak sabar rasanya aku nk transfer balik ke Penang supaya aku dapat bersama-sama dengan my daughter n my frens.....

Tuesday, September 8, 2009

FORGOTTEN ANNIVERSARY




Today, 8 Sept 2009…genap 7 tahun my wedding anniversary.Unfortunately, this anniversary never been celebrated by us!!! As usual every year, no wishes or special dinner nor present at all. All that I've expected since I've to understand that..'I've been married to a man who never know how to say 'Thank you, I'm sorry or any other word of appreciation..Aku pun tak tahu samada dia tak diajar untuk berkata-kata begitu kepada seorang wanita yang bergelar isteri kot...Sudah berkali ku luahkan perasaan tentang betapa pentingnya ucapan tersebut tapi...sekali ditegur, sekali tu ler yang diingatnya..Lepas tu, macam biasa..Apapun ayng aku tahu ucapan itu terlalu berharga kerana dasar keegoannya sebagai seorang lelaki dimana baginya seorang perempuan tahapnya adalah lebih rendah dari seorang lelaki.

Tapi yang herannya kalau dia tidak sanggup rasa kekurangan kenapa dia masih memilih aku sebagai pasangannya tetapi dalam masa yang sama masih tidak dapat menerima bahawa pendidikan dan latar belakang ku membuatkan aku lebih berdikari dan tidak mengharapkan dirinya semata-mata..Terkadang aku merasakan disebabkan sifat berdikari aku inilah menjadi punca pertelingkahan kami selama ini sehingga sampai ke tahap kemuncaknya pada bulan November 2007..Peristiwa tersebut telah berlalu hampir setahun lebih namun perubahan dirinya masih terlalu sedikit.

Sebenarnya aku mengharapkan dia akan menjadi manusia yang lebih berdikari dan bertanggungjawab sepanjang ketiadaan aku disisinya.Aku mengharapkan berjauhan begini akan menyedarkan dia tentang segala-galanya namun aku juga sangsi samada dia dapat bertahan untuk menunggu kepulanganku semula..Perpisahan sementara ini ujian bagi aku dan dia untuk menguji ketahanan masing-masing untuk menghargai kasih sayang diri...

Aku mengharapkan sekurang-kurangnya tahun ini aku akan dapat mendengar ucapan 'Selamat Ulangtahun Perkahwinan' samada melalui sms @ ucapan memandangkan dia sekarang tidak lagi sesibuk dulu kerana dia telah menetap di samping keluarganya di kampung..Keputusan yang diambil tanpa berbincang dengan aku..hanya perbincangan dengan ahli keluarganya...seperti biasa...Aku bagai orang asing dalam hidup dia.Hanya pada waktu tertentu sahaja aku diperlukan sedangkan katanya dia sayangkan aku tapi bagiku dia tak mungkin menyayangi insan lain dalam hidup dia selain kaum keluarganya...Begitu kecil hati ini apabila dia sanggup datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk melihat sebuah kereta yang ingin dibeli oleh ahli kelurganya dan terus pulang ke Penang selepas melihat keadaan kereta tersebut tanpa menziarahi aku isterinya...Betapa pentingnya kereta tersebut melebihi aku sebagai isterinya hanya kerana itu adalah permintaan ahli keluarganya...

Sepanjang 4 bulan aku meninggalkan dia, terlalu banyak keadaan yang terlalu menyakitkan hati aku..Dan aku juga sedar mungkin di sini saja pengakhiran kisah kami..Aku tak sanggup lagi untuk hidup di samping lelaki yang terlalu ego dan mementingkan diri sendiri semata-mata...Andai ini takdirnya , aku rela menerima semua walaupun aku harus kehilangan puteri kesayanganku..Hati ini terlalu sayu bila mengenangkan puteriku sendiri seolah-olah tidak mempedulikan aku lagi..Semuanya sudah ku duga kerana aku tahu keluarga dia akan terus-terusan meracuni pemikiran puteri kesayanganku sehingga mereka berjaya memiliki dan seterusnya membesarkan dia..

Demi Allah walau apa jua terjadi aku tidak akan membiarkan mereka untuk mengambil dan memelihara anak aku sebagaimana yang mereka cuba lakukan semasa aku baru melahirkan anak aku dahulu….
Apa yang pasti, hari ini akan tetap berlalu seperti hari-hari biasa tanpa sebarang ucapan...Aku juga tidak pasti samada Aidil Fitri ini aku akan punya kesempatan untuk berhari raya dengan anak aku dengan membawa dia mengunjungi rumah sanak saudara dan rakan-rakan atau aku mungkin hanya punya kesempatan bertemu dengan dia sekejap sahaja?????? Hanya Allah yang lebih mengetahui...

Thursday, August 27, 2009

TERTIPU....TERKANDAS...Nasib si Perantau


Seperti para perantau yang lain aku juga tidak terlepas untuk mengambil peluang bila ada cuti umum untuk pulang ke kampong…Seminggu sebelum cuti umum Hari pekerja aku dah pun ke Puduraya untuk mengambil tiket untuk pulang ke Penang…Alhamdullillah aku berjaya jugak memperolehi tiket tersebut walaupun harga tiket tersebut lebih tingi dari harga biasa..Nak wat camna…nak balik punya pasal harga tiket bukan lagi jadi soal yang penting…Paling penting tentu saja aku dapat pulang dan berjumpa dengan anak kesayanganku…..Selepas beli tiket tu sempat gak aku and my friend gi ronda-ronda kat Times Square…kat situ memang best..banyak tul benda yang berkenan di hati tapi terpaksa ler kami dua orang tengok jer..Nak beli gaji tak dapat lagi..kena sabar…Tak pe …janji dapat gak jejakkan kaki ke shopping mall kat KL nih walaupun tak dapat beli apa-apa….tengok aje ler…Bagus gak..sekurang-kurangnya aku dapat jimat duit…Almaklumlah sesapa jer yang jadi govt.staff memang kena jadi survivor for the first 3 months..Huh..memang sakit gak kalau orang yang banyak commitment cam aku nih…Hutang makin bertambah jadinya..
Kekadang tu rasa macam tak berbaloi jer kena tinggalkan anak, gaji pun dah makin kecik sedangkan hutang berlambak..Bagi orang lain yang bertuah, ada gak orang yang leh tolong time sesak-sesak camni tapi nasib aku tak sama…susah aku tanggung sendiri…Terkadang terfikir..apalah erti sebuah perkongsian andai dipenuhi dengan sejuta keegoan…Terlalu meminta tetapi tidak pernah memberi kerana sepanjang hayat hanya pernah menerima aja….Oppss..dah melalut lak…maybe kerana terlalu banyak hal yang terbeku di hati..Adakala kita harus keluarkan apa yang terbuku di hati supaya hilang bebanan jiwa…

Opppsss…berbalik kepada cerita terkandas kat Puduraya tuh…actually aku sengaja ambik tiket lewat malam so that aku akan sampai Penang dalam jangkaan awal pagi …Anak aku tak perlu ler berjaga malam…Kesian lak kat dia tak cukup tido…Hari Jumaat tu dalam pukul lebih baru aku balik dari keja memandangkan tiket lewat malam so aku tak perlu rushing nak gi ke Pudu…Target aku dalam pukul 8 lebih baru aku nak bik bas dari rumah ke Putrajaya Sentral..Aku siap lagi dapat basuh baju before balik kampong…Jadual aku bertolak dari rumah berjalan lancer.Dari rumah aku ke Putrajaya Sentral dengan menaiki bas cuma dalam 10-15 minit bergantung kepada bas yang aku naik..Kat Putrajaya ni tambang bas gi mana-mana kat dalam ni cuma 50 sen jer…tambang macam ni kalau kat KL tak dapat ler…

Dari Putrajaya Sentral tu ada 2 cara nak gi ke Puduraya..Kalau nak murah boleh jer naik bas RapidKL dengan kadar tambang sebanyak RM3.00 jer sampai ke Hentian Central Market.Dari CM tu korang kena jalan kaki ke Puduraya…Agak jauh gak kalau korang tak tahu jalan pintas…Kaki pun sakit gak tapi aku rasa orang kat KL ni dah biasa so bagi diaorang CM-Pudu tu dekat jer walaupun jalan kaki..Aku pun malam tu actually tak pernah lagi stop kat CM tu..so aku buat-buat berani ikut jer orang..Nasib baik aku jumpa Polis kat tepi jalan so aku tanya jer la kat Polis tu..Actually kalau tak nak jalan kaki jauh aku leh ambik bas Metro atau satu lagi bas…dah lupa lak namanya…Tapi 2 bas ni kalau nak ke KL kena bik last bas dalam pukul 7.30 jer..lepas time tu dah tak de lagi . Dua-dua bas ni lak kena tunggu kat bus stop di Presint 9 jer coz diaorang tak bik orang kat Putrajaya Sentral..Tambang bas bagi 2 bas ni dalam RM3.50 and bas ni stop kat depan Mydin Puduraya, tak jauh dari Hentian Puduraya.Satu lagi cara ke Puduraya atau KL ,korang leh leh bik ERL dari Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan..Agak dalam 15 minit jer jarak perjalananan dengan kadar tambang RM5.30…Sebab ERL ni laju so tambang dia pun laju ler jugak.Dari situ korang leh pilih nak guna KTM atau Star LRT bergantung kepada destinasi pilihan korang.Normally kalau nak ke KL, orang akan bik LRT.Kalau nak gi Hentian Puduraya kena stop kat Plaza Rakyat dengan kadar tambang dalam RM1.70 jer…Ha..kalau stop kat Plaza Rakyat memang korang tak yah jalan kaki jauh-jauh coz LRT tu memang stop kat Puduraya tuh…Jimat masa and tenaga tapi duit tak leh jimat ler..

Ha…berbalik kepada story aku malam tu…lepas penat berjalan akhirnya aku selamat gak sampai ke Puduraya tu dalam jam lebih kurang 9.45 malam. Kebetulan aku teringat kat salah sorang geng aku, budak Penang gak yang sama-sama masuk keja govt tapi dia dapat penempatan kat KL so aku send ler SMS tanya dia balik Penang tak cuti nih..Kebetulan memang dia ada kat Puduraya malam tu nak tunggu bas balik Penang so dapat ler aku jumpa dia kat situ..Dapat ler borak-borak tukar cita tentang keja masing-masing before dia naik bas jam 11 malam walaupun tiket bas tu actually pukul 10.30 malam. Lepas tu tinggal aku jer sorang-sorang kat situ tunggu nak balik Penang.Untuk habiskan masa aku beli paper, baca semua patah perkataan yang ada sambil dengar muzik dari handset N73 yang setia menemani aku kemana saja….

Tunggu punya tunggu akhirnya dalam 15 minit lagi ke pukul 12 malam aku pun ke platform bas yang tertera di tiket tersebut..Bila sampai ke sana sebaik aku menunjukkan tiket yang dibeli, aku dan eberapa penumpang yang lain diarahkan mengikut seorang pekerja syarikat bas tersebut untuk pergi ke luar Hentian Puduraya dengan alas an bahawa bas yang kami naiki akan mengambil penumpang di luar Puduraya memandangkan kesesakan yang berlaku pada malam tersebut…Tanpa banyak soal kami semua menurut sahaja memandangkan kebanyakan jadual bas pada malam tersebut memang tidak dapat menurut jadual..Semasa menunggu bas aku sempat gak menghantar sms kepada rakan aku memaklumkan bahawa aku akan pulang ke kampong untuk bercuti…

Jam telahpun menunjukkan waktu hampir pukul 1 lebih tapi bayang bas masih tak nampak-nampak lagi.Setiap bas yang berlalu kami di situ mengharapkan bahawa itulah bas yang akan kami semua naiki untuk pulang ke Penang…Tup-tup tetiba ada sorang brother tu bagitau bahawa sebenar syarikat bas tu telah membuat kesilapan dengan menjual tiket secara berlebihan sedangkan tempat duduk telahpun penuh..Perkara pertama yang aku fikirkan bila dengar berita tersebut adalah …ARRGGGHHH…AKU TAK LEH BALIK KAMPUNG!!!! Untuk beli tiket semula ke Penang pada mas tersebut tentu sahaja MUSTAHIL…Tahu ajeler time public holiday mana ada lagi tiket untuk malam tersebut…Kiranya dalam group aku yang kena kes TIPAH TERTIPU ni ada dalam 7 orang…Tentu saja kami semua bengang kerana rasa tertipu…Nasib baik brother tu cakap duit kami akan dipulangkan walaupun hanya RM30 jer walaupun tiket asal berharga RM35..Kalau ikut kebiasaan sesetengah syarikat pengangkutan bas enggan memulangkan harga tiket apatah lagi kalau tiket tersebut tidak mempunyai cop tiket asal syarikat pengangkutan tersebut.

Kepada brother tu ler kami menyuarakan kemarahan dan ketidakpuasan hati terhadap apa yang berlaku..Cuba anda bayangkan kami berempat, 3 perempuan dan seorang lelaki hendak pulang ke tempat asal masing-masing pada waktu jam menunjukkan sudah 2 pagi????!!!! Aku hampir buntu kerana kalau aku berpatah balik pun pada malam tersebut tentu saja tambang teksi ke Putrajaya pasti melambung tinggi..Paling kesian tentu jer cikgu muda dari Melaka yang tiada tempat untuk bermalam.Sorang lagi adik tu lak tinggal kat Serdang…Jarak Serdang dengan Putrajaya pun bukannya dekat..Setelah berbincang dengan 2 adik tu, aku mengambil keputusan untuk membawa kedua-duanya pulang ke Putrajaya dengan menaiki teksi..Dalam pada aku sempat menghantar sms kepada rakanku tadi memberitahu apa yang terjadi…
Sebenarnya hanya nak mencurahkan perasaan terhadap apa yang terjadi jer selain memberitahu hubby apa yang terjadi…Hubby aku pulak ingin menyuruh anak buahnya yang tinggal di Gombak untuk dating mengambil aku di Puduraya…Tentu saja aku tak bersetuju dengan cadangan tersebut apatah lagi untuk mengejutkan anak buahnya yang sedang tidur semata-mata untuk datang mengambil aku di Puduraya…lagipun aku tak ingin dikatakan menyusahkan kaum keluarga sebelah hubby memandangkan suatu ketika dahulu aku pernah dikatakan menyusahkan hubby aku hanya kerana hubby aku harus menghantar dan mengambil aku dari tempat kerja..Pada aku bukankah itu adalah tanggungjawab beliau sebagai seorang suami!!!Mengapa pula tanggungjawab itu dianggap sebagai menyusahkan???Adakah hanya kerana status aku sebagai menantu dan aku pula bekerja maka aku dianggap menyusahkan…Tidakkah orang yang mengucapkan kata-kata tersebut terlupa bahawa dia juga seorang isteri yang di bawah tanggungjawab seorang suami???!!! Adakah hanya kerana dia adalah seorang surirumah maka dia merasakan bahawa dia tiak menyusahkan suaminya????

Berbalik kepada cerita aku hari tu…aku betul-betul tak sangka bahawa ketika sms tersebut dihantar, sahabatku tadi masih belum melelapkan matanya..Kebetulan sahabatku tadi tinggal berhampiran Putrajaya juga…Dia menghantar sms bertanyakan situasi yang aku alami..Ku ceritakan bahawa aku bercadang untuk mengambil teksi dengan 2 rakan baru yang senasib denganku…Sempat gak dia membebel memarahi aku kerana tidak memaklumkan kepadanya bahawa aku ingin pulang ke kampong terlebih awal kepadanya..Dalam pada itu dia menawarkan pertolongan untuk mengambil aku dan rakan yang lain di Puduraya dengan syarat aku dan yang lain harus bermalam di rumahnya..Sekurang-kurangnya katanya malam tu dia ada gak teman untuk bersembang lagipun kitaorang pun dah lama tak berjumpa semenjak masing-masing meninggalkan alam persekolahan..Katanya lagi selepas bermalam di rumahnya, dia akan menghantar kitaorang ke Puduraya untuk memastikan aku tidak tertipu lagi dan selamat menaiki bas untuk pulang ke Penang…Aku rasa amat bersyukur dan lega bila sahabtku tadi sudi menolong aku walaupun sebenarnya di alam persekolahan dulu kami bukannya rapat pun tapi terima kasih kerana google groups kitaorang satu sekolah dapat berkomunikasi semula dan mengetahui perkembangan maing-masing…

Dalam pada menunggu kedatangan sahabatku, tetiba brother tersebut datang dan memberitahu kami sekiranya ingin pulang jugak ke Penang pada malam tersebut masih ada tiket tapi waktunya adalah dalam pukul 3.30 pagi dan harganya lebih mahal dalam RM40 walaupun hanya menggunakan bas persiaran jer…Memandangkan waktu itu pun dah dalam jam 2 lebih, so kitaorang decide nak accept offer tersebut before orang lain bik tiket…lagipun dah alang-alang melepak depan kedai mamak kat depan Puduraya ni, rasanya nak kena tunggu dalam sejam dua lagi, leh tahan lagi kot walaupun mata ni dah ngantuk sesangat dah..Aku cepat-cepat call sahabatku tadi bagitau bahawa aku dah dapat tiket nak balik ke Penang..Kesian gak kat sahabat aku tu walaupun dia cakap baru jer keluaq tapi dah sampai kat area bukit jalil dah ler…
Aku betul-betul terharu dan rasa terhutang budi kat dia kerana sudi membantu aku..Dia jugak ler antara orang terawal yang datang menjengok aku kat Putrajaya tu walaupun aku harap sahabat karibku yang terlebih dahulu berbuat demikian…Malangnya sampai sekarang dah dekat 4 bulan lebih aku di Putrajaya ni,,sahabat yang ku panggil sahabat karibku dari zaman persekolahan hanya sekali sekala menghubungi aku..itupun hanya melalui sms..Kekadang tu sepatah sms yang ku kirim, sepatah jua le jawapan yang ku terima…Terkadang rasa kecik hati gak dengan perangai kawan aku tu..Sibuk sangat ke sahabatku sehingga susah benar nak sms sepatah dua ayat pun..Maybe dia tak sudipun nak mengajak aku ke rumahnya….Buat sahabatku tadi, budi dan jasamu akan tetap ku kenang…Dia juga banyak memberi nasihat di waktu aku sangat memerlukan seseorang untuk mendengar di saat hatiku dipenuhi kesedihan lantaran perbuatan dan permasalahan yang ku hadapi dengan hubby..
Alhamdullilah dengan berkat nasihatnya aku mendapat ketenangan jiwa…..Ku serahkan diri ini kepada Yang Maha Esa untuk menentukan apa yang terbaik untuk hidup aku…Untuk sahabat tadi, aku jua pohonkan doa agar kebahagiaan yang beliau miliki sekarang akan berkekalan.Semoga beliau akan berjaya mengharungi bahtera perkahwinan yang dijangkakan hujung tahun ini dengan seribu kebahagiaan…..

Oppss…ha …akhirnya malam tu aku berjaya gak pulang ke Penang walaupun bas tersebut hanya memulakan perjalanan pada jam 4 PAGI….Aku hanya tiba ke Penang pada jam 8.30 pagi…Tiba di rumah apa yang ku nampak hanyalah bantal..penat beb…menunggu semalaman.Dalam bas pulak aku tak dapat melelapkan mata kerana terlalu kepenatan di samping tak tahan dengan air-cond bas yang sejuk..Aku pulak tak bawa baju sejuk memandangkan aku pakai 2 lapis baju tapi still sejuk gak…
Siang tu aku pengsan separuh hari..Sebenarnya memang memenatkan berulang alik dari Putrajaya ke Penang walaupun hanya sebulan sekali aku pulang kerana faktor kewangan yang tidak mengizinkan. Maybe juga disebabkan aku terpaksa rushing untuk mengejar bas, kena jalan kaki lagi dan satu lagi maybe coz dah tua kot…badan dah tak tahan menanggung keletihan..lagipun aku ni kan tak cukup vitamin…Macam mana nak cukup vitamin memandangkan banyak makanan yang aku tak makan di muka bumi nih sampai kengkawan aku kat sini cakap aku nih macam alien jer…Huh..teruk betul diaorang kutuk aku kan….Ha ha ha…aku terima jer kutukan tu dengan hati terbuka..no hurt feeling since memang betul pun banyak benda aku tak makan..Itulah kelemahan aku n also aku punya speciality..mana nak cari orang macam aku nih…..

PERHIMPUNAN HARI PEKERJA

PERHIMPUNAN HARI PEKERJA DI PICC, PUTRAJAYA


Tanggal 14 Mei 2009 telah diadakan perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Dewan PICC.Nama aku telah terpilih untuk mengikuti perhimpunan tersebut yang akan dihadiri oleh wakil-wakil pekerja sektor awam dari seluruh Malaysia.Dalam perhimpunan tersebut Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Dato Seri Mohd Najib bin Abdul Razak telah mengumumkan beberapa berita berita baik kepada sesetengah penjawat awam yang berjawatan rendah…
Kiranya pengumuman tersebut dapat meringankan bebanan kepada pekerja sektor awam tersebut dimana ada sesetengah dari mereka dapat menikmati gaji yang lebih tinggi dari sekarang.Sekurang-kurangnya dengan pegumuman tersebut bebanan pekerja sektor awam dapat diringankan ekoran suasana ekonomi yang tidak menentu pada masa sekarang…

Monday, August 17, 2009

BENGKEL 5S










BENGKEL 5S DI UNITEN (29-30 APRIL 2009)


Pada tanggal 29-30 April yang lepas aku dan beberapa rakan yang lain telah terpilih untuk mengikuti bengkel berkenaan 5S…Korang tau tak apa 5S tu…5S tu asalnya diambil dari perkataan Jepun iatu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke…..yang membawa maksud sisih, susun, sapu, seragm dan sentiasa amal..Actually 5s tu bertujuan untuk memastikan persekitaran kita sentiasa bersih dan teratur.Nak wat keja pun senang dan selesa…ye la…tempat bersih dan teratur, hati yang runsing pun boleh jadi tenang.
Bengkel tersebut diadakan selama 2 hari..Hari pertama lebih banyak diterangkan apa maksud dan peranan 5S..Pada ketika ini juga sudah banyak organisasi yang telah mula mengamalkan konsep 5S ni dalam organisasi masing-masing.Malah ada yang telah berusaha dengan keras untuk menjayakan konsep 5S ni hingga mencapai tahap pensijilan…Maknanya usaha mereka telah berjaya dan diiktiraf.Usaha tersebut juga harus dilakukan secara berkekalan..
Hari kedua bengkel tersebut kami telah dibawa melawat ke salah satu organisasi yang telah mencapai tahap pensijilan iaitu UNITEN yang terletak berhampiran dengan Putrajaya..Korang leh tengok dari gambar2 kat sini tentang konsep yang telah UNITEN laksanakan…Suasana persekitaran nampak begitu kemas dan teratur sekali….Seronok rasanya dapat belajar dan bekerja dalam suasana seperti itu……

Blog Archive

My Blog List