About Me

My photo
BM, Penang, Malaysia
Penang girls..MUMMY of one lovely princess...

Sufie

Sufie
Proud to be me...

Sunday, October 11, 2009

BALIK KG TRIP

Kali pertama jadi perantau hati aku berdebar-debar coz kali ni aku akan pulang ke Penang dengan memandu sendirian..Dah le drive sorang-sorang, jauh lak tu...Actually masa awal puasa aku dah drive ke Penang tapi masa tu anak sepupu aku ada bersama..Dia ler yg jadi tourist guide aku masa drive dari Putrajaya ke Penang..Alhamdullillah, perjalanan kami selamat sampai jugak ke Penang.Kami cuma singgah di Sg Perak jer coz sepupu aku suruh stop kat situ coz nak beli buah mempelam kat sana..Perjalanan balik Penang putrajaya,aku cuma drive hingga hentian Semanggol jer since hujan dah turun..Aku nih kalau hujan penakut sikit nk drive so aku bagi le anak cousin aku tu drive walaupun berat nak lepaskan keta suria aku kat org yg jarang2 drive nih....(sayang keta beb...tu ler kaki aku).

Herrmm..sempena raya aku amik cuti 1 minggu, bukan apa..alang2 balik jauh aku plan nak ziarah rumah saudara mara n kengkawan...woit..aku rindu nk pusing Penang ler..hajat hati nk gi shopping mall..saja lepas rindu..chewah...Plan aku nak balik cuti hari Jumaat.Cadangnya nk mulakan trip dalam pukul 9 @ 10 am so x de keta banyak sgt kat jalan..Pagi tu aku bangun sahur n cadang nk tidur balik so bila drive x le ngantuk...Alamak,lepas subuh je aku cuba lelap mata tapi dekat pukul 7 baru nk lelap..Pukul 10.30 pagi baru aku terjaga...Nak wat camna dah terbabas tapi tak pe le since aku tak de janji dengan sesapa pun so aku kemas apa yg patut..Dekat jam 11.50 baru aku keluar..Destinasi pertama aku stesen minyak Presint 16 le..siap isi angin tayar n petrol baru aku bertolak..Cuaca lak mendung jer..Aku berdoa agar tak hujan dalam perjalanan pulang ni coz aku nak drive sorang2 nih..Kiranya dalam 12.30 pm aku dah pun keluar dari Putrajaya menuju ke utara...Aku harap perjalanan aku lancar tanpa sebarang masalah n harap aku masih dapat mengingati jalan dengan betul...Disebabkan mendug sudah kelihatan masa aku memulakan perjalanan maka memang mencabar ler perjalanan aku kali nih..sepanjang perjalanan adakala cuaca hujan rintik,hujan lebat, cuaca cerah ..semuanya aku tempuh...Huh..Aku singgah di Tapah sebentar untuk menunaikan solat Zohordalam jam 3.30 petang..Selepas tu aku sambung semula perjalanan sehingga sampai ke Auto-City,Juru jam 5.30 ptg..Seperti selalu kalau dekat dengan musim cuti n hari Jumaat kawasan Auto-City memang akan jem...suasana yg selalu aku tempuhi sewaktu aku bekerja di Batu Kawan dulu.Sebenarnya aku berhajat untuk singgah ke office lama tetapi memandangkan aku dah out of schedule n time sampai kat Batu Kawan pun dah jam 5 di mana aku sure member office suma pada hari tersebut mesti balik keja on the dot pkl 5 so aku cancel plan nk singgah office tapi aku teringin sgt nk jumpa diaorg suma....
Keluar je area Juru aku menuju kawasan Perda..Tujuan aku nak cari makanan untuk berbuka posa n nak solat Asar kat Masjid Perda.Aku bercadang nak singgah Jusco Perda untuk membeli barang keperluan rumah..Aku amat pasti kat rumah mak mesti tiada apa pun barang keperluan untuk persiapan raya yg dibeli...Seperti tahun2 yg lalu, aku sorang jer yg ikat kontrak sediakan barang keperluan raya kat rumah mak.Kalau kakak aku kat neg.Sembilan tu pulang beraya di Penang,ringan sikit beban aku coz dia kan turut sama menyediakan keperluan di rumah mak..Harapkan adik-beradik yg lain..memang x de le..Yang diaorg tau datang rumah mak nak makan ketupat n kuih raya je..Nak menyumbangkan serba sedikit barang keperluan jangan harap ler...Paling tidak pun hanya time hari raya bawa ler bekas kuih yg kemudiannya diisi dengan kuih-kuih yg aku beli..camtu le setiap tahun....Apapun aku sendiri memang tak senang duduk kalau kat rumah mak tu apa pun tak de coz sepupu aku every year memang akan datang beraya ke rumah mak...Mungkin aku tak dapat berikan duit kat mak setiap bulan tapi ini aje yang termampu aku lakukan..Biarlah aku berhabis setiap kali tiba raya tapi aku rasa semua tu tak terbalas dengan pengorbanan yg mak lakukan untuk membesarkan aku...Ini aje yg mampu aku lakukan untuk membalas segala jasa-jasa mak membesarkan aku...

Blog Archive

My Blog List