About Me

My photo
BM, Penang, Malaysia
Penang girls..MUMMY of one lovely princess...

Sufie

Sufie
Proud to be me...

Wednesday, September 17, 2008

APA ITU CINTA????

CINTA..UBAT & RACUN JIWA

Rasa cinta kepada seseorang adalah anugerah paling indah daripada pencipta makhluk seluruh isi alam ini..Pernahkah anda merasakan terlalu menyintai seseorang sehingga terasa indahnya percintaan ini?

Dalam percintaan, tiada sempadan uintuk menikmati perasaan itu, baik cinta terhadap keluarga, terhadap kekasih atau Allah, ia pasti menuntut pengorbanan.

Barangkali ada insan yang tidak pernah jatuh cinta dan tidak pernah menikmati nikmat indah di sebalik sebuah kata cinta?

Bagi insan yang tidak faham apa itu makna cinta, berikut persoalan dan kenyataan yang mampu menjawab segalanya...
~Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?Andai derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki?Cinta ibarat kota kristal yang zahirnya indah pada penglihatan tetapi derita pada perasaan.

~Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tetapi apabila perasaan rindu kepada seseorang mula menguasai diri tiba-tiba perasaan malu itu terus hilang dengan sendirinya dan kita akhirnya terpaksa menerima kenyataan dan hakikat bahawa yang sebenarnya anda telah JATUH CINTA!!!

~Adakalanya gerak geri memberi seribu pengertian kepada perasaan yang tidak terungkap dengan kata-kata.

~Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi kita sering megimbas semula detik-detik bermulanya sebuah cinta.Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah pasti bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pasti sembuh selagi iman terselit di dada.

~Cinta yang datang umpama pelangi tujuh warna yang cukup memukau dengan kilauan warnanya yang indah saat sang bayu berlagu riang maka tika itulah cinta mula bertandang..Apabila mata kita bertentang dengan insan yang bakal mewrnai hidup ini.

~Cinta bukan paksaan.Ianya lahir daripada dua jiwa yang bersatu menjadi satu perasaan yang sama.Kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

~Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak mungkin berakhir dengan persahabatan.

~Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kekuatan dalam mengharungi rintangan.Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

~Apakah cinta itu???Cuba anda nyatakan pengertiannya....Ianya adalah apabila dua jiwa bersatu dalam satu fikiran dan dua hati berada dalam satu debaran yang sama.

~Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang pada saat kita sedang kehilangannya.Kadangkala kita menyedari betapa perlunya cinta seseorang pada saat kita amat memerlukannya.

~Cinta yang lahir daripada pandang pertama adalah cinta suci manakala cinta yang lahir dari persahabatan adalah cint sejati.Namun sukar membezakan yang mana satu lebih abadi di antara cinta suci dengan cinta sejati.

MERDEKA...






Tanggal 31 August 2008 ni maka genap ler usia kemerdekaan negara kita Malaysia selama 51 tahun....
Dari apa yang ku perhatikan di sekeliling tahun ini sambutan bulan kemerdekaan macam agak malap jer..Naper yer...patutnya kita rakyat Malaysia meraikannya esepecially generasi muda seperti aku ni le...ye le..kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan di dalam zaman di mana Malaysia sudah mencapai kemerdekaan..tak perlu berdepan dengan suasana ketegangan dan peperangan..Contoh terbaik negara jiran kita sendiri,Thailand ...di selatan Thailand kekadang tu nyawa manusia macam tak berharga yer...silap sikit kena tembak..tu belum lagi dengan saudara kita kat Afganistan tuh...diaorang lagi ler....dah berapa lama diaorang terbelenggu dengan peperangan dan kezaliman rejim Yahudi tu...Sesungguhnya Allah sentiasa menguji orang yang sabar dan mereka adalah manusia yang terpilih untuk menerima cabaran tersebut...

Bila mengingatkan semua tu...aku menadah tangan memanjat kesyukuran kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang masih lagi aman damai dan aku sentiasa berdoa negara kita Malaysia akan terus aman damai tanpa sebarang gangguan anasir-anasir yang cuba memecah belahkan perpaduan rakyat negara ini...

Kat tempat aku ni, kalau bab pasang bendera memang meriah..toleh kiri kanan semuanyer bendera..tapi bukan bendera Malaysia beb...bendera parti...kiri kanan depan belakang semuanya ada bendera..yer leh..kan Parlimen Permatang Pauh nak buat pilihanraya kecil..nama jer kecil tapi besar dengan bermacam cerita..kalah semua pilihanraya kecil kawasan lain kat Malaysia...sebabnya memang korang dah maklum kot...Calon yg ada nama besar dengan impian besar...lawan dengan calon yg namanya hanya besar kat kawasan Permatang Pauh ni...ibarat gajah lawan semut...

Oppss..berbalik dengan sambutan kemerdekaan Malaysia, sekolah Tadika Kemas Permatang Rawa tempat anak aku belajar turut mengadakan sambutan kecil pada 22hb August 2008..Hari tu diadakan pertandingan tampal & lekat lukisan bendera Malaysia & bunga raya iaitu bunga kebangsaan negara kita...

Peserta pertandingan tu tentulah penuntut tadika kemas dan ibubapa..Sebagai memberi sokonagn moral kat Cik Farah kita tu..aku pun gi ler sekolah dia, siap ambik cuti 1 hari lagi..Semalam pun siap gi shopping kat KAMDAR, nak cari baju kurung yang glamor kononnya..alih-alih beli baju lain lak..baju ala-ala princess..Wah seronok sangat dia bila aku beli baju tu..tau le tu..perasaan lawa sangat le bila pakai baju tu...berpuluh kali dok try lepas balik dari KAMDAR..Aku nak beli cheongsam suruh dia pakai masuk pertandingan pakaian beragam,tak nak la pulak budak nih...alasannya cikgu Ani suruh pakai baju kurung...Suka hati kau ler....

So..korang leh la nengok hasil karya aku n cik Farah kita....leh kata 95% tu karya aku sendiri ler...Amacam???? Cantik tak??? Cantik sgt kan...pasal tu le tak menang hadiah pun...kih kih kih..Nak wat camna..tangan tak kreatif nih..mana ada bakat seni..tapi aku geram gak hari tu kat anak aku nih... nak suruh dia lekat kertas warna pun punyalah payah...macam takut jer anak aku nih..keja dia asyik pandang kiri kanan..Kawan2 dia n parents masing-masing punyalah pulun sakat buat...geran tul aku nengoknye..kena cubit sekali ngan aku baru le nak tolong aku lekat...hish budak...dah masuk competition takut lak..Semalam tu beria benor suruh suruh aku gi n masuk..nak dapat hadiah katanya.....

Haaa..dah habis bab pertandingan tampal lekat tu..kitaorang rest kejab..makan2 kuih isi perut sat..kat keluar pun cuaca mendung n hujan pun rintik2..jalan kat depan tadika pun dah becak.Kat luar sekolah bawah khemah tu ada pertandingan memasak untuk wanita rupanya..Hisk..kalau aku masuk nih...gerenti tak menang pasal...he he he..aku mana terror masak tapi jgn salah anggap no..aku tau masak gak..cuma tak pakar plus..malasss...

ok..dah cukup isi perut tiba le masanya daftar nama untuk pertandingan pakaian beragam..Alamak..kengkawan dia punyale pulun bergaya sakan dengan baju masing..paling glamour siap dengan rambut palsu lagi..Nyesal lak aku ikut jer dia bagi pakai baju kurung jer..kalau pakai baju semalam sure leh le menang hadiah...Apa pun korang nengok sendiri le gambo para peserta tu..Paling best time diaorang buat catwalk..nak larat nak gelak..Cuba korang tengok klip cik Farah kita...punye le laju jalan..cam robot...hancus practise yg aku suruh wat kat rumah...langsung tak buat..gabra le tu...Biasa la kan budak2..lagipun ni la fisrt time dia wat catwalk depan orang...sure gabra gila...aku dulu pun pernah gak masuk catwalk time form 6...gabra beb..malu suma ada...nasib baik form 6 tu kat sekolah biasa...walaupun ramai tapi ramai lagi student yang aku tak kenal so aku wat bodo ler..jangan kat STSSS dulu...haram aku nak masuk...malu beb...esp kat secret admire aku le...mana leh..kena control come beb.....

SO..petang tu gak diumumkan para pemenangnya..dah aku agak..anak aku tak menang sebarang hadiah utama tapi still dapat hadiah saguhati..kira suma yang gi petang tu dapat hadiah ler termasuk parents sekali..Yang tak disangka..aku lak dijemput untuk menyampaikan salah satu hadiah saguhati kepada para peserta....He he he..rasa macam org penting jer...maklumlah mana pernah seumur hidup aku dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada orang..terima hadiah ada ler...tu pun zaman kegemilangan aku masa sekolah rendah dulu..sekolah menengah dah berkurangan ler terima hadiah...ye le..belajar kat sekolah berasrama di mana ramai pelajar yg bijak berkumpul maka aku pun dah kureng ler bijaknyer...Apapun itulah suratan perjalanan hidup seorang manusia bernama......"""AKU""".

PILIHANRAYA PERMATANG PAUH






Menunaikan tanggung jawab......

Tanggal 26 Aug 2008...sebagai salah seorang penghuni Parlimen Permatang Pauh maka aku turut terpanggil untuk menunaikan hak aku sebagai seorang pengundi...Umum semuanya mengetahui bahawa Pilihanraya kecil ini diadakan kerana Presiden Parti Keadilan,Datin Seri Wan Azizah telah melepaskan jawatannya sebagai ahli parlimen untuk memberi ruang kepada suaminya..Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali berkuasa...huh..aku rasa lebih kepada pengorbanan seorang isteri demi menunaikan cita-cita seorang suami...begitulah hakikatnya seorang wanita...terpaksa & sanggup mengorbankan segala-galanya demi kasih sayangnya terhadap seorang suami....cuma aku tertanya-tanya...bagaimana pula kalau keadaan yang berlaku sebaliknya...sanggupkah seorang suami melepaskan ego & kepentingan diri sendiri andai yang bercita-cita besar itu si isteri.....?????

Apa pun sedikit sebanyak pilihanraya kecil Permatang Pauh mencatatkan sejarahnya tersendiri...keputusannya pun telah kita ketahui...DSAI telah mencapai kemenangan besar bersama-sama cita-citanya untuk membentuk kerajaan baru..kerajaan Pakatan Rakyat...terus terang ku katakan...bila difikirkan dengan teliti....agak menakutkan juga andai kata kerajaan Pakatan Rakyat terbentuk...kenapa aku katakan sedemikian....cuba lihat barisan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yg terdiri dari DAP,PKR & PAS......rasanya lebih banyak muka bukan Melayu kan.......so anda rasa mampukah mereka ini melaksanakan apa yang dikatakan keadilan untuk semua...mampukah kaum Melayu mempertahankan hak keistimewaan kita...sedangkan sekarang pun pemimpin Melayu Pakatan Rakyat sendiri cuba mengurangkan keistimewaan hak-hak orang Melayu...sebagai bekas penuntut UITM tentunya aku turut merasakan tempiasnya...

Bila difikirkan semula ...kenapa susah sangat para pemimpin kita untuk bersatu demi memperjuangkan agama Islam dan kaum Melayu...kalau kaum Melayu lemah,siapa lagi nak mempertahankan agama Islam...DAP, MCA ,MIC , Gerakan ????? tentu sekali tidak kan....

Alamak..dah memebel bab politik lak..apa pun aku dah tunaikan tanggung jawab aku sebagai pengundi sebanyak 3 kali...di tempat yang sama, Sek Keb Seb.Jaya di bawah kawasan Seberang Jaya.ADUN bagi kaw tersebut le yang menjadi pilihan BN untuk menentang DSAI iaitu Dato' Ariff Shah...Umum memgetahui beliau sudah 2 penggal memenangi kawasan tersebut...Aku sendiri senang dengan peribadi Ariff Shah ni...bagi aku, dia seorang pemimpin yang bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan begitu humble orangnya..sering menghulurkan bantuan tanpa mengira parti dan kawasan....apa pun selagi aku berdaftar di bawah kawasan Seberang Jaya dan Ariff Shah yang menjadi calon kawasan tersebut..aku tak akan berfikir panjang untuk memberi undi kepada beliau kerana aku tahu dia tak pernah mensia-siakan amanat yang diberikan rakyat kepdanya....

Okeylah korang tengok le gambo2 yg sempat aku ambik time on the way nak gi mengundi hari tu...Actually nak ambik pic masa kat lepas buang undi tapi keadaan tak mengizinkan....Apa pun ...tengok yer le....

catatan untuk renungan

Dalam satu dua hari jiwa aku begitu tersentuh...semuanya gara-gara terlihat semula gambar-gambar kenangan silam..Apa yang jelas dan nyata sampai sekarang aku masih belum dapat menghilangkan kepedihan di hati..jiwa yang terluka sampai kini belum terubat...

Bukan aku tak pernah cuba untuk merawat luka dan memujuk diri sendiri tapi...apa daya diri ini andai diri ini sering disakiti insan bergelar lelaki...Sampai bila aku akan berterusan memendam luka di hati, hanya Allah mampu memberi kekuatan..Sering aku berdoa agar dikurniakan kekuatan untuk menghadapi kekusutan jiwa ini...Aku perlu tabah dan sabar dalam menghadapi segala kepahitan ini..Aku juga berdoa agar Allah akan memberi ruang untuk aku mengecapi kebahagiaan yang ku impikan selama ini..juga permudahkanlah segala kekusutan yang melanda jiwa ini...

Tetiba hari tu aku terbaca satu artikel yang cukup menarik .Bagi aku artikel itu cukup bermakna dan menyuntik satu semangat baru buat diri ini...Aku tak tahu siapa penulisnya tapi aku cukup berterima kasih dengan tulisannya yang memberi aku kekuatan baru....

Ini sebahagian dari petikan artikel tersebut :


PINTU BAHAGIA SENTIASA ADA-BERSIKAP POSITIF BINA KEKUATAN SELEPAS KECEWA.

*Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain akan akan dibukakan. Akan tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan itu.

# Benarlah kata-kata bahawa anda tidak tahu apa yang anda miliki sehingga anda kehilangannya. Anda juga tidak tahu apa yang belum pernah anda miliki sehinggalah anda memperolehinya.

#Kata-kata yang diucapkan sembarangan seolah-olah menyulitkan lagi perselisihan.Kata-kata ynag kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.Kat-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata ynag yang penuh cinta dapat menyembuhkan luka yang sekian lama membekas.

#Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal ynag terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

#Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

#Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Justeru, hargai betapa pentingnya oranhg yang pernah hadir dalam hidup anda.

#Hal yang paling menyedihkan dalam hidup adalh ketika anda bertemu seseorang yang sangat bererti bagi diri anda dan mendapati pada akhirnya, ia tidak sedemikian dan anda harus melepaskannya.

#Cinta dimulai dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan titisan air mata.

#Cinta datang kepada mereka ynag masih berharap sekalupun dikecewakan, kepada mereka yang percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

#Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai diri anda tetapi lebih menyakitkan adalah menyintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta padanya.
#Jangan ucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba, jangan menyerah jika anda masih berasa sanggup, jangan mengatakan anda tidak mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya.

# Hanya perlukan seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi seumur hidup diperlukan untuk melupakan seseorang...

#Masa depan yang cerah selalu bergantung kepad masa lalu yang dilupakan.Anda tidak dapat terus hidup dengan baik jika anda tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa silam.
# Semoga anda MENDAPAT KEBAHAGIAAN yang cukup untuk membuat anda bahagia, cubaan yang cukup untuk membuat anda kuat, kesedihan yang cukup untuk membuat diri emnjadi manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuat anda bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah.

Blog Archive

My Blog List