About Me

My photo
BM, Penang, Malaysia
Penang girls..MUMMY of one lovely princess...

Sufie

Sufie
Proud to be me...

Wednesday, September 17, 2008

APA ITU CINTA????

CINTA..UBAT & RACUN JIWA

Rasa cinta kepada seseorang adalah anugerah paling indah daripada pencipta makhluk seluruh isi alam ini..Pernahkah anda merasakan terlalu menyintai seseorang sehingga terasa indahnya percintaan ini?

Dalam percintaan, tiada sempadan uintuk menikmati perasaan itu, baik cinta terhadap keluarga, terhadap kekasih atau Allah, ia pasti menuntut pengorbanan.

Barangkali ada insan yang tidak pernah jatuh cinta dan tidak pernah menikmati nikmat indah di sebalik sebuah kata cinta?

Bagi insan yang tidak faham apa itu makna cinta, berikut persoalan dan kenyataan yang mampu menjawab segalanya...
~Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?Andai derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki?Cinta ibarat kota kristal yang zahirnya indah pada penglihatan tetapi derita pada perasaan.

~Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tetapi apabila perasaan rindu kepada seseorang mula menguasai diri tiba-tiba perasaan malu itu terus hilang dengan sendirinya dan kita akhirnya terpaksa menerima kenyataan dan hakikat bahawa yang sebenarnya anda telah JATUH CINTA!!!

~Adakalanya gerak geri memberi seribu pengertian kepada perasaan yang tidak terungkap dengan kata-kata.

~Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi kita sering megimbas semula detik-detik bermulanya sebuah cinta.Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah pasti bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pasti sembuh selagi iman terselit di dada.

~Cinta yang datang umpama pelangi tujuh warna yang cukup memukau dengan kilauan warnanya yang indah saat sang bayu berlagu riang maka tika itulah cinta mula bertandang..Apabila mata kita bertentang dengan insan yang bakal mewrnai hidup ini.

~Cinta bukan paksaan.Ianya lahir daripada dua jiwa yang bersatu menjadi satu perasaan yang sama.Kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

~Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak mungkin berakhir dengan persahabatan.

~Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kekuatan dalam mengharungi rintangan.Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

~Apakah cinta itu???Cuba anda nyatakan pengertiannya....Ianya adalah apabila dua jiwa bersatu dalam satu fikiran dan dua hati berada dalam satu debaran yang sama.

~Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang pada saat kita sedang kehilangannya.Kadangkala kita menyedari betapa perlunya cinta seseorang pada saat kita amat memerlukannya.

~Cinta yang lahir daripada pandang pertama adalah cinta suci manakala cinta yang lahir dari persahabatan adalah cint sejati.Namun sukar membezakan yang mana satu lebih abadi di antara cinta suci dengan cinta sejati.

Blog Archive

My Blog List