About Me

My photo
BM, Penang, Malaysia
Penang girls..MUMMY of one lovely princess...

Sufie

Sufie
Proud to be me...

Tuesday, September 8, 2009

FORGOTTEN ANNIVERSARY




Today, 8 Sept 2009…genap 7 tahun my wedding anniversary.Unfortunately, this anniversary never been celebrated by us!!! As usual every year, no wishes or special dinner nor present at all. All that I've expected since I've to understand that..'I've been married to a man who never know how to say 'Thank you, I'm sorry or any other word of appreciation..Aku pun tak tahu samada dia tak diajar untuk berkata-kata begitu kepada seorang wanita yang bergelar isteri kot...Sudah berkali ku luahkan perasaan tentang betapa pentingnya ucapan tersebut tapi...sekali ditegur, sekali tu ler yang diingatnya..Lepas tu, macam biasa..Apapun ayng aku tahu ucapan itu terlalu berharga kerana dasar keegoannya sebagai seorang lelaki dimana baginya seorang perempuan tahapnya adalah lebih rendah dari seorang lelaki.

Tapi yang herannya kalau dia tidak sanggup rasa kekurangan kenapa dia masih memilih aku sebagai pasangannya tetapi dalam masa yang sama masih tidak dapat menerima bahawa pendidikan dan latar belakang ku membuatkan aku lebih berdikari dan tidak mengharapkan dirinya semata-mata..Terkadang aku merasakan disebabkan sifat berdikari aku inilah menjadi punca pertelingkahan kami selama ini sehingga sampai ke tahap kemuncaknya pada bulan November 2007..Peristiwa tersebut telah berlalu hampir setahun lebih namun perubahan dirinya masih terlalu sedikit.

Sebenarnya aku mengharapkan dia akan menjadi manusia yang lebih berdikari dan bertanggungjawab sepanjang ketiadaan aku disisinya.Aku mengharapkan berjauhan begini akan menyedarkan dia tentang segala-galanya namun aku juga sangsi samada dia dapat bertahan untuk menunggu kepulanganku semula..Perpisahan sementara ini ujian bagi aku dan dia untuk menguji ketahanan masing-masing untuk menghargai kasih sayang diri...

Aku mengharapkan sekurang-kurangnya tahun ini aku akan dapat mendengar ucapan 'Selamat Ulangtahun Perkahwinan' samada melalui sms @ ucapan memandangkan dia sekarang tidak lagi sesibuk dulu kerana dia telah menetap di samping keluarganya di kampung..Keputusan yang diambil tanpa berbincang dengan aku..hanya perbincangan dengan ahli keluarganya...seperti biasa...Aku bagai orang asing dalam hidup dia.Hanya pada waktu tertentu sahaja aku diperlukan sedangkan katanya dia sayangkan aku tapi bagiku dia tak mungkin menyayangi insan lain dalam hidup dia selain kaum keluarganya...Begitu kecil hati ini apabila dia sanggup datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk melihat sebuah kereta yang ingin dibeli oleh ahli kelurganya dan terus pulang ke Penang selepas melihat keadaan kereta tersebut tanpa menziarahi aku isterinya...Betapa pentingnya kereta tersebut melebihi aku sebagai isterinya hanya kerana itu adalah permintaan ahli keluarganya...

Sepanjang 4 bulan aku meninggalkan dia, terlalu banyak keadaan yang terlalu menyakitkan hati aku..Dan aku juga sedar mungkin di sini saja pengakhiran kisah kami..Aku tak sanggup lagi untuk hidup di samping lelaki yang terlalu ego dan mementingkan diri sendiri semata-mata...Andai ini takdirnya , aku rela menerima semua walaupun aku harus kehilangan puteri kesayanganku..Hati ini terlalu sayu bila mengenangkan puteriku sendiri seolah-olah tidak mempedulikan aku lagi..Semuanya sudah ku duga kerana aku tahu keluarga dia akan terus-terusan meracuni pemikiran puteri kesayanganku sehingga mereka berjaya memiliki dan seterusnya membesarkan dia..

Demi Allah walau apa jua terjadi aku tidak akan membiarkan mereka untuk mengambil dan memelihara anak aku sebagaimana yang mereka cuba lakukan semasa aku baru melahirkan anak aku dahulu….
Apa yang pasti, hari ini akan tetap berlalu seperti hari-hari biasa tanpa sebarang ucapan...Aku juga tidak pasti samada Aidil Fitri ini aku akan punya kesempatan untuk berhari raya dengan anak aku dengan membawa dia mengunjungi rumah sanak saudara dan rakan-rakan atau aku mungkin hanya punya kesempatan bertemu dengan dia sekejap sahaja?????? Hanya Allah yang lebih mengetahui...

Blog Archive

My Blog List