About Me

My photo
BM, Penang, Malaysia
Penang girls..MUMMY of one lovely princess...

Sufie

Sufie
Proud to be me...

Saturday, December 20, 2008

PERLIS TRIP










Untuk penutup sessi persekolahan 2008, sekolah KEMAS telah mengadakan lawatan ke Perlis pada 27 Nov 2008..time tu cuti sekolah dah pun bermula.Setiap pelajar dibenarkan membawa ahli keluarga masing-masing seramai 4 orang..
Macam biasa hanya aku yg temankan anak aku ke Perlis. Cousin Farah si Nana kira bertuah coz abang ipar & akak aku sanggup ambil cuti untuk mengikuti rombongan tersebut..Ya ler..lagipun tambangnya murah jer RM15 seorang..kalau gi sendiri pun lagi mahal..dengan tol & petrol lagi..kalau gi dengan bas pun tambang jer dah lebih dari tu...
Actually Perlis bukan asing bagi aku..Negeri tu lah tempat aku belajar dulu..kat UITM, Arau..dulu tarafnya still ITM tapi sekarang dah upgrade..Actually aku bangga menjadi student UITM kerana UITM banyak melahirkan pelajar yang berjaya so bila issu MB Selangor ingin membuka ruang kemasukan bangsa lain ke dalam UITM memang aku cukup menentang dengan sekeras-kerasnya...begitu juga kawan2 aku penuntut UITM yg lain...sebab..Hanya UITM yg mengenakan yuran yg rendah dimana ramai penuntut Melayu & bumiputera yang tidak berkemampuan dapat melanjutkan pelajaran...
Soalnya kenapa UITM mahu lagi dibuka ruang kepada bangsa lain sedangkan masih banyak lagi universiti tempatan & kolej swasta yg mampu dimasuki oleh bangsa lain yg rata-rata memiliki ekonomi yang lebih stabil.Jangan kerana kepentingan politik maka hak-hak keistimewaan Melayu cuba dilupuskan..kononnya memperjuangkan hak yg sama rata untuk semua..soalnya adakah kaum lain telus dalam memperjuangkan hak sama rata antara semua kaum sedangkan dalam kategori bangsa lain pun mereka tetap mampu menguasai ekonomi negara walaupun dipantau oleh kerajaan????
Jangan kita jadi semua menang bersorak tapi kampung tergadai lak...Alamak..aku dah membebel lak bab politik...bukan apa sekadar meluahkan pandangan...
Ok..rombongan lawatan bertolak dalam pukul 7.45 pagi dari BM..Destinasi pertama adalah Muzium Padi...somewhere kat Kedah..aku dah lupa kat mana..Tak ada apa yg menarik sangat...Yang ada kat situ contoh peralatan menanam padi dan apa-apa saja berkaitan padi ler...Ada lukisan dinding yg terbesar pernah aku tengok la...lukisan berkisarkan pemandangan di sekitar muzium padi tersebut berlatar belakangkan sawah padi..Nak ambik gambar tapi tak dibenarkan kalau tak buat bayaran..so tak dapat le tunjuk kat sini....
Destinasi kedua...Taman Ular Batu Pahat..actually aku ni penakut dengan ular.Mula tu memang aku tak nak masuk tapi since suma orang dah masuk...terpaksa le aku masuk....takkan nak tunggu sorang2 kat luar...
Sambil baca Bismillahirahmanirrahim..aku pun melangkah masuk...anak aku dah lepas ke dalam bersama akak aku...Bila aku step in jer kat dalam tu aku dah nampak display box yang ada benda lah tu...Hish..geli geleman aku dibuatnya..cepat-cepat jer aku sambil pejam mata sebelah terus blah gi kat kawasan taman kat sebelah dalam tu...
Wah...korang tau kat dalam tu ada apa..lagi menakutkan..ada sangkar2 ular tedung selar & ular sawa....besar lak tu...hisk...ni yang aku tak gemar nih...Nasib baik ada gak binatang-binatang lain kat dalam ni yang leh aku tengok selain ular-ular ni...
Aku ni memang penakut tapi still gak nak tengok ular ni dari jauh..anak aku lagi berani gi tengok dekat-dekat tapi memang aku larang coz korang tau jer la..ular tedung selar tu kan memang berbisa..malah kat kandang tu siap bagi warning jangan sentuh kandang tu..huh paling menakutkan coz bila kitaorang lalu kat kandang tu dari jauh memang leh nampak si ular tu melengkar kat dalam sangkar tapi ada sangkar tu tup tup salah sekor ular tu melengkar kat tepi dawai sangkar...nasib baik ada kawan Farah nampak..apa lagi dah nampak camtu..terkejut batak la aku...terus bertempiaran lari...aduss..kecut perut aku.....tetiba aku nampak abang ipar aku pun lalu kat sangkar tu..terus aku jerit bagi warning kat abang ipar..Tergezut gak Abg Mat tapi since dia bukan penakut cam aku so dia cool jer la..Selain ular tadi yg menakutkan aku..ada jugak 3 ekor buaya..punyalah besar macam kayu balak....
Habis lawatan ke Taman Ular, kami semua bergerak ke Gua Kelam..masa tu hujan dah rintik2..kat situ kami semua berhenti rehat..makan sambil berkelah..anak aku suka sangat gi kat situ, siap berenang lagi..aik..selalunya dia ni penakut sikit nak berenang kat tempat dalam tapi hari tu agak berani sikit la...Dulu aku pernah memjejakan kaki bersama teman-teman uitm..kat dalam tu ada gua yg boleh kita explore...memandangkan masa singkat so hari tu singgah situ just untuk makan n mandi jer la...
Dalam pukul 5 petang kami dah berada di Padang Besar..destinasi terakhir lawatan kami hari tu..Tak banyak yg diborong since hujung bulan n gaji pun tak dapat lagi...sekadar beli toys untuk anak aku & makanan ringan...Anyway penat gak la pusing2 kat situ..Anyway kalau ada kesempatan, Insyaalah aku akan kembali semula ke sini..nak shopping beb...

Blog Archive

My Blog List