About Me

My photo
BM, Penang, Malaysia
Penang girls..MUMMY of one lovely princess...

Sufie

Sufie
Proud to be me...

Saturday, December 20, 2008

November yang syahdu....


Hem...sekali sekala jadi gadis ayu yang sopan santun gitu....Semoga suatu hari anak aku bakal jadi muslimah sejati....

Gambar ni diambil sewaktu pagi 5 Nov 2008 lepas sebelum menghadiri upacara majlis pengkebumian pakcik saudaraku yang lalu...satu-satunya bapa saudara aku yg masih hidup...tanpa sebarang sakit kuat kami semua dikejutkan dengan berita kematiannya...Entah kenapa sampai 7 mis call dari pukul 2 pagi sedikitpun aku tak dengar sedangkan malam tu aku masuk tidur dalam pukul 12 lebih...sampai pagi aku tak sedar hinggalah pagi tu aku terbangun sendiri tanpa dikejutkan oleh wake up call dari handset N73 aku tu..tup tup bila check jer ada berlambak miss call tapi 1 message dari cousin aku menjelaskan segala-galanya...
Terduduk aku dibuatnya...apatah semasa Aidil Fitri yang aku n akak aku ada planning nak gi rumah diaorang tapi tak jadi since tak ada sapa yg pick up call so kitaorang gi rumah mak saudara yg sorang lagi jer...after that pun aku still tangguh lagi nak gi rumah pakcik aku tu...akhirnya sampai jugak aku kat rumah tapi dengan suasana yang berbeza...cukup terasa apatah lagi pakcik aku ni peramah orangnya...Pada malam kematiannya pun makcik aku cakap dia still prepare nak gi kerja...
Wife cousin aku kat KL pun terkilan macam aku gak especially pakcik aku ni selepas raya sanggup gi Terengganu nak gi jenjalan kat rumah diaorang tapi malangnya masa tu cousin n wife dia masa tu gi kat KL..Pakcik aku pun bukannya jenis orang yang suka gi jenjalan sangat..rupanya tu ler lawatan terakhir beliau...Makcik aku lagi terkilan katanya coz malam tu dia ada marah-marah sikit kat pakcik aku tapi tu la..tiada siapa tahu kan bila ajal akan menjemput kita....
SEKALUNG AL-FATIHAH AKU HADIAHKAN BUAT PAKCIK SAUDARA KU...SEMOGA ROHNYA DIBERKATI & DIAMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSANYA......

Blog Archive

My Blog List