About Me

My photo
BM, Penang, Malaysia
Penang girls..MUMMY of one lovely princess...

Sufie

Sufie
Proud to be me...

Monday, October 13, 2008

AIDIL FITRI

malam raya pertama kat rumah p.ndak kat Spg.Ampat....
Farah dengan baju raya paling glamour....nie ler kakak aku kat
Neg.Sembilan dgn Angah...nak balik Nogori dah....
mak n chu..2 adik-beradik....
FARAH & NANA-favourite cousin...baju tu actually dua2
tapi Farah tak pakai..org demam..mood raya pun kureng..


Salam Aidil Fitri buat semua....kemaafan dipohon kepada semua sekiranya ada sebarang kesalahan lampau @ semasa..samada disengajakan @ tidak...almaklumlah kita semua insan biasa kan....

Aktiviti raya tahun ni aku rasa agak kurang meriah..tah apsal dari awal lagi mood tak ade...rupa-rupanya maybe dah leh agak yg tahun ni both kami anak beranak beraya dalan keadaan yg tak sihat...kesian kat anak aku especially..Ye le..normally raya ni bebudak yg raya lebih kan...

Sehari before raya anak aku panas dah mula panas...actually anak aku ni kalau demam sikit tu tak de hal...cuma jangan kena batuk jer..memang down...kesian sgt tengok..batuk teruk sangat sampai muntah2..nak tido pun tak senang.....aku pun nak tido tak leh...badan pun letih kemas rumah lagi...nak jaga anak demam lagi...before this pun aku dah kena batuk teruk sampai muntah2..ponteng posa 1 hari..tak tahan sangat muntah teruk,terus jer aku makan ubat yg doktor kasi..ha..baru dapat tido...so aku tahu camna penat & letihnya kalau kena batuk camtu...Kesian Farah..dah terkena jangkitan dari umminya....

Dalam dok tak larat pun ada hati lagi nak beraya dengan baju baru n main bunga api.Sempat gak ikut aku gi sembahyang raya n ziarah kubur Tok Wan Pie kat Masjid Mengkuang Sg Lembu...Kat sini ler kaum keluarga aku termasuk arwah ayah n adik lelaki aku disemadikan...Hanya Al-Fatihah buat semua kaum keluarga yg terlebih dahulu meninggalkan kami semua...Moga-moga roh semuanya dirahmati Allah dan diampuni segala dosa..AMIN.....

Tahun ni kakak aku sempat pulang beraya awal kat Penang..tahun depan maybe raya kat Neg.Sembilan dulu.Mengikut kata akak aku raya kat Neg.Sembilan cukup meriah.Malam raya setiap rumah akan adakan jamuan kecil untuk rombongan org kg yang akan bertakbir raya dari satu rumah ke rumah yang lain, time tu ler bebudak kat sana dapat duit raya.......

Aktiviti raya pertama tu cuma dihabiskan dengan pergi ke rumah abang sulung & abang ke-dua..Ptg sikit tak gi ke mana-mana pun since kakak, abang & cousin aku mula bertandang...Macam ni every year...raya pertama mesti penuh dengan saudara mara...Malam tu abang yg bongsu ajak kitaorang suma gi raya kat rumah dia kat Simpang Ampat...Ingat nak bertolak petang tapi pkl 8.30 baru ler clear..Aku ni siap bawa baju n mandi kat Simpang Ampat lagi...tak sempat nak mandi kat rumah dah...Malam tu tengok anak aku nampak sihat sikit...mahu jugak makan ayam barbeque, kuih n sempat lagi main bunga api dengan sepupu2nya...

Raya kedua-akak aku hari dah nak bertolak balik ke Neg.Sembilan. So before dia balik kitaorang sempat gi beraya kat rumah Chu...adik mak aku...Mak aku ada 5 beradik, 1 lelaki n 4 perempuan..yg masih tinggal kini cuma 3 beradik jer..Mak aku ler jadi yg sulung....Aku pun time raya nie jer sempat jumpa dengan para sepupu aku nih...ramai yg keja KL & stay kat sana...aku gak yg stay kat Penang nih....isk isk isk...

Anak aku ni since dia tak sihat so aku pun malas nak bawa dia gi jenjalan rumah kengkawan kat sini apatah lagi penyakit batuk tu dah berbalik semula kat aku....Memandangkan tak dapat pi berjalan n kutip duit raya so..duit raya yg aku sediakan jadi mangsanya..pantang ada sampul yg lain sikit semuanya dia cakap aku tak kasi duit raya lagi kat dia...tup tup sampul tu kena gak aku hulur kat dia...

Blog Archive

My Blog List