BENGKEL 5S DI UNITEN (29-30 APRIL 2009)
Bengkel tersebut diadakan selama 2 hari..Hari pertama lebih banyak diterangkan apa maksud dan peranan 5S..Pada ketika ini juga sudah banyak organisasi yang telah mula mengamalkan konsep 5S ni dalam organisasi masing-masing.Malah ada yang telah berusaha dengan keras untuk menjayakan konsep 5S ni hingga mencapai tahap pensijilan…Maknanya usaha mereka telah berjaya dan diiktiraf.Usaha tersebut juga harus dilakukan secara berkekalan..
Hari kedua bengkel tersebut kami telah dibawa melawat ke salah satu organisasi yang telah mencapai tahap pensijilan iaitu UNITEN yang terletak berhampiran dengan Putrajaya..Korang leh tengok dari gambar2 kat sini tentang konsep yang telah UNITEN laksanakan…Suasana persekitaran nampak begitu kemas dan teratur sekali….Seronok rasanya dapat belajar dan bekerja dalam suasana seperti itu……