Opppsss…berbalik kepada cerita terkandas kat Puduraya tuh…actually aku sengaja ambik tiket lewat malam so that aku akan sampai Penang dalam jangkaan awal pagi …Anak aku tak perlu ler berjaga malam…Kesian lak kat dia tak cukup tido…Hari Jumaat tu dalam pukul lebih baru aku balik dari keja memandangkan tiket lewat malam so aku tak perlu rushing nak gi ke Pudu…Target aku dalam pukul 8 lebih baru aku nak bik bas dari rumah ke Putrajaya Sentral..Aku siap lagi dapat basuh baju before balik kampong…Jadual aku bertolak dari rumah berjalan lancer.Dari rumah aku ke Putrajaya Sentral dengan menaiki bas cuma dalam 10-15 minit bergantung kepada bas yang aku naik..Kat Putrajaya ni tambang bas gi mana-mana kat dalam ni cuma 50 sen jer…tambang macam ni kalau kat KL tak dapat ler…
Dari Putrajaya Sentral tu ada 2 cara nak gi ke Puduraya..Kalau nak murah boleh jer naik bas RapidKL dengan kadar tambang sebanyak RM3.00 jer sampai ke Hentian Central Market.Dari CM tu korang kena jalan kaki ke Puduraya…Agak jauh gak kalau korang tak tahu jalan pintas…Kaki pun sakit gak tapi aku rasa orang kat KL ni dah biasa so bagi diaorang CM-Pudu tu dekat jer walaupun jalan kaki..Aku pun malam tu actually tak pernah lagi stop kat CM tu..so aku buat-buat berani ikut jer orang..Nasib baik aku jumpa Polis kat tepi jalan so aku tanya jer la kat Polis tu..Actually kalau tak nak jalan kaki jauh aku leh ambik bas Metro atau satu lagi bas…dah lupa lak namanya…Tapi 2 bas ni kalau nak ke KL kena bik last bas dalam pukul 7.30 jer..lepas time tu dah tak de lagi . Dua-dua bas ni lak kena tunggu kat bus stop di Presint 9 jer coz diaorang tak bik orang kat Putrajaya Sentral..Tambang bas bagi 2 bas ni dalam RM3.50 and bas ni stop kat depan Mydin Puduraya, tak jauh dari Hentian Puduraya.Satu lagi cara ke Puduraya atau KL ,korang leh leh bik ERL dari Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan..Agak dalam 15 minit jer jarak perjalananan dengan kadar tambang RM5.30…Sebab ERL ni laju so tambang dia pun laju ler jugak.Dari situ korang leh pilih nak guna KTM atau Star LRT bergantung kepada destinasi pilihan korang.Normally kalau nak ke KL, orang akan bik LRT.Kalau nak gi Hentian Puduraya kena stop kat Plaza Rakyat dengan kadar tambang dalam RM1.70 jer…Ha..kalau stop kat Plaza Rakyat memang korang tak yah jalan kaki jauh-jauh coz LRT tu memang stop kat Puduraya tuh…Jimat masa and tenaga tapi duit tak leh jimat ler..
Ha…berbalik kepada story aku malam tu…lepas penat berjalan akhirnya aku selamat gak sampai ke Puduraya tu dalam jam lebih kurang 9.45 malam. Kebetulan aku teringat kat salah sorang geng aku, budak Penang gak yang sama-sama masuk keja govt tapi dia dapat penempatan kat KL so aku send ler SMS tanya dia balik Penang tak cuti nih..Kebetulan memang dia ada kat Puduraya malam tu nak tunggu bas balik Penang so dapat ler aku jumpa dia kat situ..Dapat ler borak-borak tukar cita tentang keja masing-masing before dia naik bas jam 11 malam walaupun tiket bas tu actually pukul 10.30 malam. Lepas tu tinggal aku jer sorang-sorang kat situ tunggu nak balik Penang.Untuk habiskan masa aku beli paper, baca semua patah perkataan yang ada sambil dengar muzik dari handset N73 yang setia menemani aku kemana saja….
Tunggu punya tunggu akhirnya dalam 15 minit lagi ke pukul 12 malam aku pun ke platform bas yang tertera di tiket tersebut..Bila sampai ke sana sebaik aku menunjukkan tiket yang dibeli, aku dan eberapa penumpang yang lain diarahkan mengikut seorang pekerja syarikat bas tersebut untuk pergi ke luar Hentian Puduraya dengan alas an bahawa bas yang kami naiki akan mengambil penumpang di luar Puduraya memandangkan kesesakan yang berlaku pada malam tersebut…Tanpa banyak soal kami semua menurut sahaja memandangkan kebanyakan jadual bas pada malam tersebut memang tidak dapat menurut jadual..Semasa menunggu bas aku sempat gak menghantar sms kepada rakan aku memaklumkan bahawa aku akan pulang ke kampong untuk bercuti…
Jam telahpun menunjukkan waktu hampir pukul 1 lebih tapi bayang bas masih tak nampak-nampak lagi.Setiap bas yang berlalu kami di situ mengharapkan bahawa itulah bas yang akan kami semua naiki untuk pulang ke Penang…Tup-tup tetiba ada sorang brother tu bagitau bahawa sebenar syarikat bas tu telah membuat kesilapan dengan menjual tiket secara berlebihan sedangkan tempat duduk telahpun penuh..Perkara pertama yang aku fikirkan bila dengar berita tersebut adalah …ARRGGGHHH…AKU TAK LEH BALIK KAMPUNG!!!! Untuk beli tiket semula ke Penang pada mas tersebut tentu sahaja MUSTAHIL…Tahu ajeler time public holiday mana ada lagi tiket untuk malam tersebut…Kiranya dalam group aku yang kena kes TIPAH TERTIPU ni ada dalam 7 orang…Tentu saja kami semua bengang kerana rasa tertipu…Nasib baik brother tu cakap duit kami akan dipulangkan walaupun hanya RM30 jer walaupun tiket asal berharga RM35..Kalau ikut kebiasaan sesetengah syarikat pengangkutan bas enggan memulangkan harga tiket apatah lagi kalau tiket tersebut tidak mempunyai cop tiket asal syarikat pengangkutan tersebut.
Kepada brother tu ler kami menyuarakan kemarahan dan ketidakpuasan hati terhadap apa yang berlaku..Cuba anda bayangkan kami berempat, 3 perempuan dan seorang lelaki hendak pulang ke tempat asal masing-masing pada waktu jam menunjukkan sudah 2 pagi????!!!! Aku hampir buntu kerana kalau aku berpatah balik pun pada malam tersebut tentu saja tambang teksi ke Putrajaya pasti melambung tinggi..Paling kesian tentu jer cikgu muda dari Melaka yang tiada tempat untuk bermalam.Sorang lagi adik tu lak tinggal kat Serdang…Jarak Serdang dengan Putrajaya pun bukannya dekat..Setelah berbincang dengan 2 adik tu, aku mengambil keputusan untuk membawa kedua-duanya pulang ke Putrajaya dengan menaiki teksi..Dalam pada aku sempat menghantar sms kepada rakanku tadi memberitahu apa yang terjadi…
Berbalik kepada cerita aku hari tu…aku betul-betul tak sangka bahawa ketika sms tersebut dihantar, sahabatku tadi masih belum melelapkan matanya..Kebetulan sahabatku tadi tinggal berhampiran Putrajaya juga…Dia menghantar sms bertanyakan situasi yang aku alami..Ku ceritakan bahawa aku bercadang untuk mengambil teksi dengan 2 rakan baru yang senasib denganku…Sempat gak dia membebel memarahi aku kerana tidak memaklumkan kepadanya bahawa aku ingin pulang ke kampong terlebih awal kepadanya..Dalam pada itu dia menawarkan pertolongan untuk mengambil aku dan rakan yang lain di Puduraya dengan syarat aku dan yang lain harus bermalam di rumahnya..Sekurang-kurangnya katanya malam tu dia ada gak teman untuk bersembang lagipun kitaorang pun dah lama tak berjumpa semenjak masing-masing meninggalkan alam persekolahan..Katanya lagi selepas bermalam di rumahnya, dia akan menghantar kitaorang ke Puduraya untuk memastikan aku tidak tertipu lagi dan selamat menaiki bas untuk pulang ke Penang…Aku rasa amat bersyukur dan lega bila sahabtku tadi sudi menolong aku walaupun sebenarnya di alam persekolahan dulu kami bukannya rapat pun tapi terima kasih kerana google groups kitaorang satu sekolah dapat berkomunikasi semula dan mengetahui perkembangan maing-masing…
Dalam pada menunggu kedatangan sahabatku, tetiba brother tersebut datang dan memberitahu kami sekiranya ingin pulang jugak ke Penang pada malam tersebut masih ada tiket tapi waktunya adalah dalam pukul 3.30 pagi dan harganya lebih mahal dalam RM40 walaupun hanya menggunakan bas persiaran jer…Memandangkan waktu itu pun dah dalam jam 2 lebih, so kitaorang decide nak accept offer tersebut before orang lain bik tiket…lagipun dah alang-alang melepak depan kedai mamak kat depan Puduraya ni, rasanya nak kena tunggu dalam sejam dua lagi, leh tahan lagi kot walaupun mata ni dah ngantuk sesangat dah..Aku cepat-cepat call sahabatku tadi bagitau bahawa aku dah dapat tiket nak balik ke Penang..Kesian gak kat sahabat aku tu walaupun dia cakap baru jer keluaq tapi dah sampai kat area bukit jalil dah ler…
Aku betul-betul terharu dan rasa terhutang budi kat dia kerana sudi membantu aku..Dia jugak ler antara orang terawal yang datang menjengok aku kat Putrajaya tu walaupun aku harap sahabat karibku yang terlebih dahulu berbuat demikian…Malangnya sampai sekarang dah dekat 4 bulan lebih aku di Putrajaya ni,,sahabat yang ku panggil sahabat karibku dari zaman persekolahan hanya sekali sekala menghubungi aku..itupun hanya melalui sms..Kekadang tu sepatah sms yang ku kirim, sepatah jua le jawapan yang ku terima…Terkadang rasa kecik hati gak dengan perangai kawan aku tu..Sibuk sangat ke sahabatku sehingga susah benar nak sms sepatah dua ayat pun..Maybe dia tak sudipun nak mengajak aku ke rumahnya….Buat sahabatku tadi, budi dan jasamu akan tetap ku kenang…Dia juga banyak memberi nasihat di waktu aku sangat memerlukan seseorang untuk mendengar di saat hatiku dipenuhi kesedihan lantaran perbuatan dan permasalahan yang ku hadapi dengan hubby..
Oppss…ha …akhirnya malam tu aku berjaya gak pulang ke Penang walaupun bas tersebut hanya memulakan perjalanan pada jam 4 PAGI….Aku hanya tiba ke Penang pada jam 8.30 pagi…Tiba di rumah apa yang ku nampak hanyalah bantal..penat beb…menunggu semalaman.Dalam bas pulak aku tak dapat melelapkan mata kerana terlalu kepenatan di samping tak tahan dengan air-cond bas yang sejuk..Aku pulak tak bawa baju sejuk memandangkan aku pakai 2 lapis baju tapi still sejuk gak…